Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Meloyakan bila mendengarnya bukan? Tetapi pernahkah anda membeli? Belum tentu anda mahu memakannya....
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Dalam keseronokan mendengar lagu di radio dalam kereta...terdetik di hati admin nak tahu siapakah...
Mesti Tahu : Tahukah Wahai Lelaki 4 Golongan Lelaki Yang Masuk Neraka ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Admin ingin berkongsi tentang artikel bahawa tanggungjawab seorang lelaki adalah amat berat baik terhadap dirinya, keluarganya, adik -beradiknya mahupun kedua orang tuanya.
Tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT kepada lelaki amat berat.
Seorang lelaki perlu mempunyai ilmu agar dapat membimbing orang yang di sekelilingnya.Jika dia mengabaikan tanggung jawab,maka neraka akan menunggunya. Seseorang lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab dalam membimbing ahli keluaraganya (terutama perempuan) dia akan di tarik ke neraka.
Dewasa ini kita boleh lihat secara terangan 4 golongan lelaki ini bakal ditarik ke neraka melalui contoh paling dekat artis perempuan. Jika artis perempuan yang bujang yang tidak menjaga maruah diri dengan baik dan tidak menutup aurat dengan seperti menggenakan "short pant" di majlis terbuka. Bagaimana pula artis perempuan yang berstatus isteri orang membiarkan isterinya disentuh yang bukan muhrim dengan alasan atas nama seni. Bagaimana pula dengan kelibat artis wanita veteran yang berpakaian tidak senonoh tanpa timbul rasa bersalah oleh anak artis sendiri yang juga berstatus artis juga. Biarlah anda membuat penilaiannya sendiri. Huraian lengkap 4 golongan ini yang bakal ditarik ke neraka ialah :-
Pertama:- 'Ayahnya' -
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- 'Suaminya' -
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- 'Abang-abangnya' -
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-' Anak Lelakinya' -
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."
Wahai wanita, kasihanilah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YARABBALALAMIN
PS: Berkongsilah artikel ini agar yang tidak tahu akan tahu dan yang sudah tahu semoga ianya mejadi titik mula kepada anda berubah...Insyaallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment