Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula menunjukkan kesan pedih mata dan air mata mengalir. Rasa mata aku ada pasir. Aku berkedip kedip mata sambil order Grab untuk ke KL Sentral. Jam 11 pagi aku sampai pintu masuk utama KL Sentral. Mata ku dah pedih macam kupas bawang. Penglihatan aku terjejas akibat pedih.
Aku dah macam kassim selamat sorang diri di KL Sentral. Aku terkebil kebil mencari tandas dan terjumpa ada mini kedai sebelah tandas. Aku beli air dan roti habuan alas perut. Nak beli tisu habis la pulak dah. Hidung nih dah berair nih nak lap guna apa. Takkan nak lap sapu tangan aku guna lap peluh dan air mata. Aku mencari bangku dekat pintu masuk. Di situlah aku disidai dekat kat KL Sentral dekat 2 jam lebih sebelum naik train. Hidung aku berhingus aku buat macam mana? Apa lagi tshirt aku pakai semalam la jadi mangsa. Lantaklah orang lalu lalang memandang aku semacam je. Jam 1.15 tengahari staf ETS mula buat pengumuman untuk berkumpul. Barulah aku bergerak menuju ke tandas untuk buang apa yang patut.
Aku masuk dalam train terus cari tandas. Aku kutip tisu tandas banyak dan lipat dalam kocek seluar habuan lap hingus nanti. Aku masih beruntung dapat seat di KOC C tapi dok sebelah Uncle cina. Aku tegur apek maklum aku baru laser mata dan mau balik rumah di Kuala Kangsar. Sekarang mata banyak pedih dan air mata banyak keluar. Selama 3 jam lebih aku pejam mata dan hanya memasang telinga mendengar pengumuman stesen berikutnya sehingga sampai stesen Kuala Kangsar. Ada sesekali aku cuba buka mata tapi air mata mengalir laju. Aku terus lap sampai tak sedar tisu bertaburan di baju.
Dalam 5.30 sampai KTM Kuala Kangsar,sebaik saja dengar pintu ETS dibuka aku terus buka mata dan sepantas kilat meluru keluar dan menuju ke bangku menunggu. Paksa juga buka mata pada masa yang sama menahan pedih dan air mata mengalir membasahi pipiku. Itu belum lagi masalah kaki dok sakit kebas yang habis habis..Aku duduk di bangku dalam 10 minit sehingga tiada orang barulah aku naik lif untuk ke parking kereta. Di situlah terngiang-ngiang staf Ikonik berpesan digalakkan bawa peneman supaya dapat drive balik anda dengan selamat.
Aku call bini maklum sudah sampai kuala kangsar tapi tak bole
drive keta sbb mata pedih. Time tuh lah bini aku baru tahu aku buat laser mata bukan setakat buat pemeriksaan sahaja. Bini
aku maklum dia dah lost wasap ngn aku lepas jam 10.30 pagi. Mana tak nya time
tuh mata dah mula pedih, hpon pun tak nampak butir huruf nak
reply wasap cmna.
Sambil menunggu dalam kereta mcm orang baru lepas menangis bergaduh besar. Bini aku call kata dah sampai. Rasa dalam 6.00 petang kot itupun bini aku tumpang rakan sekerja dia yang nak balik di kuala kangsar. Bini drive aku balik dan selamat sampai rumah aku dipimpin mcm orang buta.Anak-anak tertanya kenapa abah serupa orang buta.Anak bini la tolong titis ubat mata setiap 8 jam selama 4 hari. 3 hari MC aku tidur ja dan ada sesekali tgk wasap itulah masih tak nampak lagi.
Hari ke 5 aku pergi lagi ke Ikonik
seorang diri parking keta di Kuala Kangsar naik ETS untuk temujanji untuk
perkembangan mata aku dan buang contact lens
dan diberi temujanji susulan terakhir pada awal bln Disember nih.
Masalah kaki kebas itu normal tak boleh nk elak. Tapi penglihatan aku bertambah
baik dari hari ke hari.
Hampir genap sebulan aku laser mata. Aku boleh tgk dan baca wasap handphone. Penglihatan jauh masih dalam progress cuma tidak setajan dan ada kala tulisan nmpak berlapis lapis. Apa apa pun alhamdulilah syukur aku telah berjaya membuat perubahan dalam hidup. Tiada lagi spek mata berat dan berlapis lapis. Tiada lagi spek mata senget dan berat sebelah sebab rabun jauh tak balance. Andai ku tahu nikmatnya hari ini dirasai sebegini sudah pasti dah lama aku buat laser mata dari dulu.
Bagi sesiapa yang hidup berpuluh tahun berkaca mata dengan kadar rabun yang tinggi. Cubalah bebaskan diri anda dari rabun dengan kaedah ini..hanya perlu keberanian dan poket tebal sikit.
Sekian.
No comments:
Post a Comment