Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

6 Resepi Biskut Raya Terbaik Pilihan Sepanjang Zaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Hari ini admin ingin berkongsi tentang kuih raya.Sudah menjadi lumrah apabila beraya nanti. Kuih raya pasti akan menjadi topik hangat apabila bertandang ke rumah sahabat handai mahupun jiran. Kadangkala admin lihat trend masyarakat kini lebih suka membeli kuih raya yang jenis bundle kerana murah namun dari rasa orang kata belakang kira janji ada kuih raya.

Ada pula bila menziarah kuih yang dihidangkan pula tiada tetapi pelbagai jenis kerepek dan kekacang dengan alasan paling murah dan tahan lama.Apa apa pun alasan yang diberikan tidak mematahkan semangat raya untuk merayakan bersama kuih raya yang popular di rumah anda. Tidak kisahlah samda kuih raya itu kuih yang yang ditempah ataupun buat sendiri.

Terdapat pelbagai jenis kuih raya namun admin pasti kuih raya  utama pasti menjadi pilihan dalam mengisi 6 balang kuih raya di rumah anda.Apakah resepi kuih raya yang menjadi pilihan anda? Yang pasti resepi kuih raya terbaik pilihan admin adalah seperti dibawah ini. Selamat mencuba :)


1. Biskut Tart Nenas

Bahan-bahan :-

Doh Tart
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula

Jem nenas:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Hiasan:
Kuning telur


Cara-cara :-

Adunan doh:-
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.

Jem nenas :-
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.

  • Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
  • Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
  • Oles kuning telur pada bahagian atas tart.
  • Bakar selama 15 minit / sehingga masak.





2. Biskut Cornflakes Madu

Bahan-bahan ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.


3. Biskut Semprit Gebu

Bahan-bahan ( 200 Biji )

    200 gm marjerin/butter
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan tepung kastard
    1 cawan tepung jagung
    1/2 (setengah) cawan gula
    1 biji Kuning Telur
    1 sudu esen vanila
    Hirisan buah Ceri secukupnya
    Pewarna Kuning Telur

Cara-cara :-
  •     Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.
  •     Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila dan Pewarna Kuning.
  •     Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung Kastard sedikit  demi sedikit.
  •     Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya.
  •     Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150C 



4. ALMOND LONDON

Bahan-bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara-cara
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.


5. Resepi Biskut Mazola

 Bahan-Bahan:

• 1 cawan minyak mazola
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan


• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:


1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.





6. Resepi Biskut Makmur

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
minyak sapi

Bahan Inti:
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus
Gula icing

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
3. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
4.Ambil doh dan leperkan.
5. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
6. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
8. Simpan dalam balang kedap udara.

4 comments:

  1. kue untuk lebaran saya paling senang Nastar dan Wafer gulung.. gak sabar pengen makan.. ;P

    salam
    http://danforblogg.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Nak try resepi2 ni...mintak izin.

    ReplyDelete
  3. Nak try resepi2 ni...mintak izin.

    ReplyDelete

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca