Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cara Tukar Nama Geran Hakmilik Kenderaan Terpakai

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Dengan pengumuman terbaru JPJ, mulai 1 April 2014 ini, semua pemilik kenderaan (penjual) dan pemilik baru (pembeli) wajib hadir sendiri ke JPJ untuk membuat pengesahan biometrik. Sila baca dan ikuti panduan di bawah jika anda tidak mahu buang masa, wang dan tenaga ulang alik ke JPJ dan PUSPAKOM serta syarikat insuran.


Oleh itu penggunaan borang pengesahan kad pengenalan TM-AB dan juga surat akuan berkanun untuk pesuruhjaya sumpah tidak diperlukan lagi. Anda wajib tahu cara tukar hakmilik kenderaan kerana sudah tidak boleh guna ejen atau wakil lagi dalam proses tukar hak milik.Tidak boleh hantar wakil lagi kerana :
  • untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
  • JPJ sudah menambahbaik sistem mereka dengan aplikasi biometrik
  • untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah
Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :
  1. Pastikan kenderaan adalah mengikuti standard asal seperti dalam geran kenderaan. Kesemua modifikasi sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
  2. Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
  3. Pastikan anda tidak menggunakan bahagian “kereta potong” atau potong sambung bahagian kenderaan.
  4. Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
  5. Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli. Kalau nak fotostat disana tidak boleh dan kalau ada pun kos mahal 50sen sekeping.
  6. Bawa geran kereta atau nama lain sijil ini adalah perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
  7. Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, caj RM30.
  8. Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk  tempoh 1 bulan sahaja.
  9. Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.Malas nak pergi ke syarikat insuran? Anda boleh beli insuran takaful kenderaan dengan kami. Cuma mesej nama dan nombor mykad pembeli ke 019-2839090 dan beritahu kami anda hendak beli kenderaan baru pada tarikh sekian-sekian.
  10. Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
  11. Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
  12. Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
  13. Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
  14. Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. Proses lama ini sudah lapuk dan menyusahkan sahaja.
  15. Ambil nombor giliran dan tunggu.Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
  16. Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
  17. Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
    Sumber

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca