Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Showing posts with label Handphone. Show all posts
Showing posts with label Handphone. Show all posts

Xiaomi Flagship smartphone 2015 vs Samsung J7 Prime vs Oppo F1.Mana lagi berbaloi ?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan anda semua,Xiaomi Mi Note adalah telefon pintar flagship yang dilancarkan pada 22 julai 2015 oleh Xiaomi Malaysia ke pasaran tempatan. Telefon pintar bersaiz 5.7-inci akan dijual pada harga RM1549 dengan storan 64gb.

Akhirnya dapat beli Xiaomi Mi Note Original Malaysia set RM 999 guna duit income dari blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur alhamdulillah akhirnya hajad admin untuk memiliki handphone baru telah tercapai.Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan Mobicow yang merealisasikan hajat admin ini? Tanpa bantuan mereka tak mungkin admin  berjaya memilikinya.

Huawei Y5C harga RM 252 + 20% voucher diskaun = RM 202 di Lazada.com.my.Murah giler !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bab beli smartphone, admin biasanya akan carikan harga yang termurah dan berpatutan. Target admin adalah smartphone low budget iaitu Huawei Y5C pada asalnya dilancarkan harga dalam RM 350 lebih pada waktu mula-mula dilancarkan dulu.

Kebiasaanya admin akan  survey pada 2 website iaitu lelong.com.my atau lazada.com.my. Setelah survey di lelong.com.my,admin  boleh dapatkan smartphone ini dalam RM265 + kos pos RM 10.Hmm..masih agak mahal bagi admin walaupun sebenarnya sudah murah sangat tuh dengan specfikasi smartphone berbanding brand lain.Dengan saiz 4.5 in,dual sim dual standby,RAM 1 gb dan camera 8mp memang terbaiklah specfikasinya.

Berikut adalah specfikasi penuh Huawei Y5C:-

4.5-inch WVGA (480 x 800) IPS display, 207ppi

Dual-SIM, Dual-Standby, 3G,
1.2GHz Spreadtrum SC7741G quad-core CPU
Mali-400 MP2 GPU
1GB RAM
8GB internal storage
up to 32GB via microSD
8MP rear camera w/ Dual LED flash
2MP front camera
1,730mAh battery
Android 4.4.2 KitKat w/ Emotion Lite 3.0 UI
143 g 



Bagi pembelian kali ini admin tengah cari free postage.Jadi admin tengok di  web lazada.com.my sebab lazada.commy tawarkan free postage bagi pembelian RM 75 ke atas. Di lazada.com.my admin jumpa lagi murah dalam RM 252 + free postage. Admin ada voucher diskaun bagi pembelian pertama iaitu 20%. So admin masukan kod voucher semasa proses akhir pembayaran.Dapatlah diskaun RM 50.Jadi harga keseluruhan yang kena bayar dalam RM 202.Memang jimat beli dengan Lazada.com.my nih.Hahahaha..



Tips nak beli sesuatu barang di lazada.com.my ialah pastikan seller itu mempunyai prestasi bintang ***** yang banyak.Maksudnya seller itu ada rekod dipercayai oleh pengguna yang pernah membeli dengannya berbanding yang tiada bintang.

Kesimpulannya,admin rasa bertuah dapat voucher 20% diskaun tuh dari lazada.com.my.Terima kasih Lazada.memang jimat beli di lazada.com.my..jimat kos pos + ada voucher diskaun.Perghhh..gempak abis..Sayangnye tak guna voucher untuk beli Xiomi Redmi Note 3 lagi bagus kan.Huhuhuhuhu

Smartphone bawah RM 300 antara Huawei Honor Y5C vs ASUS Zenfone GO 4.5' vs Samsung Galaxy J1 Ace

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin nak berkongsi anda diluar sana yang ingin mencari smartphone  budget rendah iaitu bawah RM 300 - RM 350.Biasalah smartphone jenis ini menjadi pilihan para pelajar peringkat sekolah mahupun muda mudi dan tak dilupa juga golongan veteran.Kebiasaanya bagi smartphone low- spec budget ini menampilkan dengan RAM hanya 512 dengan kualiti camera yang rendah.

Setelah digoogle banyak tempat rujukan seperti lelong.com.my dan lazada.com.my untuk panduan harga termurah bagi smartphone pilihan admin.Berdasarkan pemilihan admin terhadap aspek RAM dan camera secara khusus maka dapatkan disimpulkan bahawa inilah yang terbaik untuk anda jika anda ingin membeli smartphone budget rendah.Pilihan adalah mengikut susunan nombor.

Berikut adalah smartphone pilihan admin.

1. Huawei Honor Bee / Honor Y5C


Harga Asal dalam RM 350 tetapi sekarang ini anda boleh dapatkan dalam RM 260 sahaja melalui pembelian online samaada lelong.com,my ataupun di lazada.com.my.

Specfikasinya :-

4.5-inch WVGA (480 x 800) IPS display, 207ppi

Dual Sim, 3G, Wi-Fi 
1.2GHz Spreadtrum SC7741G quad-core CPU
Mali-400 MP2 GPU
1GB RAM
8GB internal storage
up to 32GB via microSD
8MP rear camera w/ LED flash
2MP front camera
Dual-SIM, Dual-Standby
1,730mAh battery
Android 4.4.2 KitKat w/ Emotion Lite 3.0 UI
143 g 



2. ASUS Zenfone GO 4.5' (ZB452KG)

 

Model ini menjadi pilihan admin memandangkan specfikasinya memenuhi kehendak admin.Terdapat dua versi smartphone ini iaitu perbezaan pada specfikasi camera iaitu 5MP Camera + VGA Front Camera/8MP Camera + 2MP Front Camera dan harga juga berbeza. Admin fokus pada versi 5MP Camera + VGA Front Camera kerana harganya dibawah RM 300.Akan tetapi ada  penjual Online ada serendah RM 280.Kekurangannya berbanding Honor Y5C adalah kamera depan hanyalah 0.3 mp.Zaman sekarang paling kurang kamera depan 2mp untuk kegunaan selfie.Apapun ianya masih smartphone yang menarik.

Specfikasinya :-

4.5 inch 480 x 854 pixels (~218 ppi pixel density)
1GB RAM ,
Dual-SIM, Dual-Standby
1.2 GHz Quad Core
Qualcomm MSM8212 Snapdragon 200
5MP Camera + VGA Front Camera
8GB
internal storage
microSD, up to 64 GB (dedicated slot)
Android OS, v5.1 (Lollipop) 

 2. Samsung Galaxy J1 Ace


Bagi peminat smartphone jenama Samsung.Dengan harga RM 365 (yang paling terendah yang ditawarkan oleh Superbuy) mungkin menjadi pilihan anda.Cuma yang mendukacitakan pada zaman ini Samsung masih mempertaruhkan model ini dengan RAM hanya 768mb bagi versi model  J110G (Malaysia, Indonesia, Singapore).Selain itu memori dalam hanya 4gb berbanding Huawei Y5C adalah 8gb. Agak memalukan.Pada admin dengan harga RM 365 itu anda boleh dapatkan smartphone dengan specfikasi yang lebih baik.


Specfikasi Samsung Galaxy J1 Ace

Dual Sim, 3G, Wi-Fi

480 x 800 pixels (~217 ppi pixel density)
Quad-core 1.2 GHz
768 MB RAM, 4 GB inbuilt
1800 mAH Battery
4.3 inches, 480 x 800 px display
5 MP Camera with flash
Memory Card Supported, upto 64 GB
Android, v4.4

131 g (4.62 oz)


Kesimpulannya,belilah dengan bijak.Jika jenama jadi pertaruhan anda mungkin sanggup labur sedikit lagi wang untuk smartphone pilihan.Apapun admin pernah guna smartphone Huawei ada ianya tidak mengecewakan.

Kawan baik pula berhijrah dari Onexox ke Tune excel kerana kuota internet 1 GB percuma setiap bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salah seorang kawan baik yang memberi sokongan kepada admin ceburi dalam bisnes Onexox pada pertengahan tahun 2014 telah berhijrah dari Celcom ke Onexox  pada awal tahun 2015.Pada waktu itu,beliau memang seronok sangat sebab dapat tempoh masa aktif panjang iaitu 850 hari.Tak  perlu risau pasal topup selalu di samping kadar panggilannya yang lagi jimat berbanding telco lain menjadikan Onexox adalah pilihan terbaik pada waktu itu.Tambahan pula kawan baik admin ini jenis suka topup sikit contohnya RM 5 bila keperluan sahaja.Handponnya pula pakai jensi basic sahaja.

Baru-baru ini berjumpa dengan beliau, secara spontan kawan baik admin maklum sudah tak pakai Onexox ? Admin terkejut kenapa lalu bertanya ? Bla bla bla bla dapat internet 1 Gb percuma.Gara-gara pakai smartphone maka persepsi terhadap Onexox mula berubah apabila ada telco mula tawarkan internet percuma kelajuan tinggi bagi setiap kali topup.Tak sangka pula beliau sanggup  beli simkad Tune Excel berharga RM 90 semata-mata keran inginkan  internet percuma setiap bulan.

Katanya sudah 2 bulan pakai telco Tune Excel.Nak kata apa lagi...dia berhak memilih yang terbaik dengan keperluannya.Yang pasti strategi telco yang tawar internet kelajuan tinggi percuma setiap kali topup memang menarik minat pengguna.adakah telco Onexox akan mengikuti telco Umobile dan Tune Excel menawarkan internet percuma setiap kali topup ? Sama - sama kita nantikan.



Mulai 1 Mac 2016 semua nombor Starter Pack(SP) Onexox yang didaftarkan  layak mendapat tempoh sah 28 Bulan dengan hanya membuat topup RM10 SAHAJA. 

Promosi ini akan berjalan selama 3 Bulan bermula esok. Terma & syarat seperti yang di bawah.

- Topup RM10 dalam satu(1) transaksi.
- Topup RM10 dalam masa 24 jam selepas panggilan pertama berjawab (Activation Call) dibuat.
- Tempoh sah 28 bulan akan diaktifkan dalam masa 14 hari selepas topup RM10 dibuat.

Bagaimanapun, mekanisma topup RM50 masih berjalan seperti biasa. Bagi user SP yang terlepas tempoh topup promosi 24 jam(RM10), user tersebut masih layak mendapat tempoh sah 28 bulan dengan membuat topup RM50.


Berminat? Klik sini

Hadapi masalah transfer file dari Redmi Note 2 ke My Computer kerana MTP Mode hilang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah anda mengalami masalah nak pindah file gambar ke komputer? Selepas anda sambungkan kepada USB namun tiada apa apa yang berlaku di My Computer.Ini menyebabkan hasrat anda ingin memindahkan gambar gambar atau file menjadi terbantut. 

Macam mana hendak mengatasi masalah ini. Admin sendiri bagai nak pecah kepala sebab tak boleh transfer file. Google punya google akhirnya dapat juga cara untuk mengatasi masalah ini.Protokol Pemindahan Media (MTP) adalah satu Protokol  yang membolehkan fail media dipindahkan secara automatik dari handphone ke peranti mudah alih seperti pendrive dan sebagainya.

Gambar di bawah menunjukan MTP Mode tidak diaktifkan menyebabkan kita tidak dapat melihat icon redmi note 2 di My Computer.Jadi susahlah kita hendak pindah fail dan sebagainya.

 
Jadi selepas yang memuat turun satu aplikasi di Google Play dan mengaktifkan MTP Mode.Icon Redmi Note 2 muncul di My Computer dan admin boleh memindahkan fail dari handphone ke komputer.Gambar adalah seperti di bawah ini.


  Apa yang anda perlu buat adalah memuat turun aplikasi seperti di bawah ini.Anda taip kat Google Play Store Miui USB Setting.


Anda download dan install.

Apa yang perlu buat selepas install adalah mengaktifkan MTP Mode seperti gambar di bawah.Itu sahaja.


Selamat mencuba. :)



Tempoh masa aktif panjang Teco Altel dan Telco Onexox Vs Free Internet High Speed 1 GB setiap bulan

Adalah kerana menjadi impian setiap pengguna handphone di Malaysia termasuk admin yang mahukan masa aktif yang panjang supaya kita sebagai pengguna tidak perlu topup/tambah nilai kredit handphone secara kerap sekiranya baki kredit masih lagi banyak.

Rata-rata pengguna handphone merungut kerana mereka terpaksa membeli tambah nilai kredit semata-mata untuk memanjangkan tempoh aktif bagi membolehkan panggilan keluar boleh digunakan.

Sekarang sudah nampak Telco di Malaysia yang berlumba-lumba menawarkan pelan yang berbaloi untuk pelanggan mereka iaitu masa aktif yang panjang.Telco Altel menawarkan masa aktif panjang contoh 365 hari manakala Telco Onexox tawarkan masa aktif lagi panjang iaitu 844 hari (28 bulan) dengan syarat mesti tambah nilai RM 50 selepas simkad diaktifkan.


Telco lain masih belum nampak lagi fokus kepada masa tempoh yang panjang dalam plan mereka.Tunggu apabila Telco-telco yang 'gah' ini mula rasa tergugat maka tunggulah plan terbaru dari mereka yang akan menyusul.Hahahaha..


Yang menjadi persoalan sekarang adakah tempoh masa aktif yang panjang masih relevan? Perbandingan di atas ada 2 telco tawar masa aktif yang panjang dan juga 2 telco yang tawarkan kuota internet kelajuan tinggi percuma setiap kali topup RM 30.

Yang mana beri kelebihan? Anda pilih yang mana?




 

Bila isteri bertukar dari Onexox ke Umobile Power Prepaid kerana internet percuma 1GB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesiapa sahaja memang mengharapkan plan telco yang menawarkan internet percuma (Basic internet) bagi kemudahan Sosial chat.Sosial chat sudah menjadi satu keperluan wajib semua orang bagi mengantikan SMS yang berbayar.Sebagai contohnya isteri admin pakai Onexox tidak lama dulu memang seronok sanagat sebab dapat tempoh aktif panjang.Tak  perlu risau pasal topup selalu tambahan pula kadar panggilannya yang lagi jimat berbanding telco lain menjadikan Onexox adalah pilihan terbaik pada waktu itu.Namun pandangannya  mula berubah apabila ada telco mula tawarkan internet percuma kelajuan tinggi bagi setiap kali topup. 

Sebelum ini isteri admin biasanya memperuntukkan RM 30 sebagi topup bulanannya.Kemudian beliau akan melanggan pakej data RM 18 sebulan bagi kuota 500mb bagi kegunaan sosial chat/internet surfing bagi kegunaan waktu pejabat sahaja kerana di rumah ada Wifi streamyx.Jadi pakej internet itu dilihat mencukupi malah kuota internet berbaki pada hujung bulan. So baki kredit RM 12 itulah yang akan digunakan bagi panggilan atau sms.Adakala cukup dan adakala tidak cukup baki yang ada untuk tempoh sebulan bagi panggilan dan sms.

Nak dijadikan cerita baru-baru ini pejabat beliau dibaikpulih. Dalam pejabatnya hanya rangkaian Maxis sahaja yang boleh tembus dengan baik berbanding rangkaian celcom yang rata-rata mengalami masalah internet ketika di dalam bangunan sehingga terpaksa cari signal di ruang tertentu untuk dapatkan signal 3G.Pasrahlah dia apabila Onexox guna rangkaian Celcom.

Siapa tak kesian bila isteri mula merungut pasal internet tak boleh guna,whatsapp masuk lambat dan sebagainya.Maka admin pun carilah simkad yang guna rangkaian Maxis di samping tawaran internet percuma walaupun berat hati sebenarnya.Yang admin nampak adalah Umobile Power Prepaid. Plan ini simple ja syaratnya, kalau dapatkan internet kelajuan tinggi percuma 1Gb + 2 Gb basic internet kena topup RM 30 setiap bulan.Makna setiap bulan topup RM 30 akan dapat masa aktif 30 hari dan internet kelajuan tinggi percuma 1Gb + 2 Gb basic internet. Maknanya topup RM 30 masih kekal sebagai baki untuk kegunaan panggilan atau sms.




Nampaknya setelah 2 bulan pakai Umobile Power Prepaid ini,beliau rasa berpuas hati.Katanya dapat free internet dan call pun jimat.Baki kredit pun masih banyak lagi walaupun tempoh sah dah nak tamat. Nombor onexox apa pula cerita?Beliau masih pakai lagi dan akan topup bila ada keperluan kerana sayangkan nombornya.Begitulah ceritanya..walaubagaimanapun isteri admin sudah beralih arah namun admin masih lagi  menerima insentif dari Onexox sebanyak 10% dari nilai topup nombornya iaitu RM 1 setiap bulan selepas ini berbanding RM 3 sebelum ini.Jadilah..jika itu yang ditakdirkan nak buat macam mana.Redha aje.Hehehe....

Beli Simkad Altel dan dapatkan tempoh masa aktif selama 365 hari


Nampaknya pemberian tempoh masa aktif yang panjang kepada pengguna mula menjangkiti telco di Malaysia. Jika sebelum ini telco Onexox menawarkan tempoh masa aktif percuma selama 850 hari ( 28 bulan) kepada semua pengguna Onexox yang baru. Strategi ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna. 

Kini Altel pula mengikuti strategi pemasaran yang serupa dengan menawarkan Extend 365 sah untuk pengguna baru di mana pengguna baru membeli SIM pek dan membuat tambah nilai untuk satu resit RM 50 dalam tempoh 30 hari, pelanggan akan menerima 365 hari secara percuma . Tambah nilai RM 50 akan dikenakan 6% GST. Tempoh sah laku akan dikira bermula dari tarikh anda membuat tambah nilai.



SOAL JAWAB UNTUK ALTEL 4G 365 HARI

  1. Adakah semua pelanggan baru prabayar Altel berhak untuk mendapatkan Extended Validity 365 hari dengan tambahan nilai tunggal pertama RM50 keatas dalam masa 30 hari dari pengaktifan? Ya. Semua pelanggan baru prabayar Altel akan menikmati Extended Validity 365 hariD engan tambah nilai tunggal pertama sebanyak RM50 ke atas dalam masa 30 hari bermula dari 15 October 2015.
  2. Adakah saya akan menerima Extended Validity 365 hari saya serta-merta selepas tambah nilai RM50 dalam masa 30 hari dari pengaktifan? Tidak, Extended Validity 365 hari akan diaktifkan dalam masa 7 hari dari hari anda melakukan tambah nilai RM50.
  3. Adakah saya akan dimaklumkan apabila saya menerima Extended Validity 365 hari? Ya, anda akan menerima pemberitahuan SMS berikut dan anda juga boleh lakukan semakan melalui USSD * 102 # > Pengurusan Akaun Bahasa Malaysia : RM0. T.kasih atas tambah nilai anda. Anda kini blh kekal berhubung dgn lanjutan tmph aktif krdt 365 hari. Sah hingga HH/BB/TTTT. Tertakluk T&S. Layari altel.my
  4. Adakah saya layak untuk mendapat Extended Validity 365 hari jika tambah nilai pertama saya adalah di bawah RM50 atau untuk jumlah tambah nilai terkumpul sebanyak RM50 ? Tidak , Extended Validity 365 hari HANYA sah untuk tambah nilai tunggal pertama sebanyak RM50 ke atas dalam masa 30 hari pertama pengaktifan.
  5. Selepas menerima Extended Validity 365 hari adakah saya masih perlu menambah nilai RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama seperti yang biasa dikenakan RM28 perkhidmatan lanjutan? Tidak. Anda tidak aperlu untuk menambah nilai RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama untuk menikmati Extended Validity 365 hari.
  6. Jika saya telah menerima Extended Validity 365 hari, bolehkah saya boleh melanggan Extended Validity 365 pada harga RM28 ? Seperti dalam pra-syarat semasa , anda boleh melanggan Extended Validity RM28 selagi anda mempunyai kredit yang mencukupi dan tempoh sah laku semasa adalah kurang daripada 90 hari
  7. Adakah tambah nilai RM50 atau ke atas termasuk caj 6% GST? Tambah nilai tunggal minima RM50 tambah caj 6% GST. Jumlah yang perlu dibayar ialah RM53 (termasuk GST) .
  8. Bilakahkah tempoh sah laku 365 hari akan bermula? Tempoh sah laku 365 hari akan bermula dari tarikh sebenar tambah nilai tunggal sebanyak RM50 ke atas.   

Aku beralih arah dari Huawei Honor 3C kepada Xiaomi Redmi Note 2 RM 649

Mi Malaysia telah melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, Redmi Note 2 untuk pasaran  asia seperti Malaysia  Singapura, Taiwan dan juga Hong Kong.Pelancaran Redmi Note 2 ini disempurnakan oleh Hugo Barra, Naib Presiden Xiaomi Global.

Phablet mampu milik kelas pertengahan ini akan mula dijual di Malaysia, pada 11 November 2015 yang lalu, hanya di laman web Mi Malaysia. Redmi Note 2 dijual pada harga RM649 dengan pilihan warna putih dan kelabu gelap.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Redmi Note 2 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio X10 dan 16GB memori simpanan dalaman.Redmi Note 2 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang hadir dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Selain itu, Redmi Note 2 turut hadir dengan sokongan dwi SIM pada rangkaian 4G LTE, bateri berkapasiti 3,060 mAh, mampu berfungsi sebagai alat kawalan jauh peralatan elektronik, WiFi 802.11ac yang lebih pantas dan mempunyai MIUI 7 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Redmi Note 2 mempunyai slot kad memori mikroSD untuk storan tambahan, serta dua lagi slot untuk kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE. Baterinya berkapasiti 3,060mAh yang boleh dicabut, dan menyokong pengecasan pantas. Redmi Note 2  datang siap dengan MIUI 7, antaramuka terbaru Xiaomi berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Kamera belakang Redmi Note 2 menggunakan sensor 13MP F2.2, beserta autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas. Ia boleh merakam video sehingga resolusi HD Penuh 1080p. Kamera depannya pula 5MP F2.2 dengan fokus tetap.

Admin telah berjaya membelinya pada jualan kedua 17 November 2015 dengan memilih warna kelabu hitam.Penghantaran dilakukan menggunakan CityLink pada 24 November 2015.Keseluruhan admin amat berpuas hati setakat ini dengan Redmi Note 2 ini.walaupun ada masalah error pada Google Play Store setiap kali nak install aplikasi.



Antara sebab admin pilih Redmi Note 2 adalah kerana spefikasi cameranya yang PHAF 0.1 saat dan camera depan memang puas hati untuk selfie setanding dengan handphone yang lama.Dari segi ketahan bateri adalah memuaskan setakat ini.Apa-apa pun admin amat syurkan Redmi Note 2  berbanding Hobor 4X yang dijual pada harga yang hampir sama kalau anda ingin membeli handphone budget.

Celcom Magic Sim Internet Burung Hantu tawar internet berkelajuan tinggi percuma dari 1 pagi hingga 7 pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pek prabayar Magic Sim dari Celcom semakin menarik nampaknya. Khas untuk pelanggan setianya, Celcom telah mengumumkan satu lagi tawaran terbaru untuk pelanggan Magic Sim, yang dipanggil Internet Burung Hantu percuma.

Pelanggan Magic Sim kini boleh menggunakan internet secara percuma tanpa had kuota, dari jam 1pagi sehingga 7 pagi, iaitu waktu bila spesis burung hantu berjaga. Untuk mengaktifkan tawaran ini, pengguna perlu mendaftar mana-mana pelan data mingguan atau bulanan Magic Sim, dari serendah RM10.

Untuk pengetahuan anda, Pek permulaan prabayar Magic Sim adalah berharga RM5 datang siap dengan RM3 kredit dan 200MB internet pantas 4G LTE. Kadar panggilannya serendah 2.5sen/minit dalam talian yang sama, dan 10sen/minit ke talian lain. 

 

Untuk lebih maklumat, layari lamanweb Celcom MagicSim.

Tambah nilai RM 30 dapat kuota 3 GB internet secara percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum ini kita disajikan oleh telco-telco prepaid di Malaysia yang menawarkan internet asas percuma dengan kelajuan 64kbps di mana telco Maxis dilihat sebagai pencetusnya dan kemudian diikut oleh telco-telco lain selepas itu. 

Nampaknya trend terkini apabila pihak telco seperti Tone Excel dan UMobile mula menawarkan internet kelajuan penuh berjumlah 1 gb sebulan secara percuma dengan setiap tambah nilai RM 30. 

Starter pack UMobile Power Prepaid iaitu plan prepaid terbaru dan dijangka akan menjadi persaing utama kepada Xpax Magic SIM, DiGi Smart prepaid dan juga Hotlink serta Tone Excel. Plan ini menawarkan internet percuma kuota  1 Gb dengan toup minima RM 10 dan pastikan nombor tersebut kekal aktif.






 

Harga Umobile Power prepaid ini, harganya adalah RM8.50 sahaja dengan RM5 kredit disediakan untuk anda. Selain itu, anda juga akan mendapat 200MB high speed internet secara percuma dan panggilan percuma selama 10 hari.

Apa yang menarik dan kelebihan Umobile Power Prepaid:-


  • Free 1GB high speed internet setiap bulan
  • Free basic internet (64kbps speed) sehingga 2GB/month
  • Free 200MB high speed internet (selepas diaktifkan)
  • Free Call selama 10 hari – 150 minit (selepas diaktifkan)
  • Harga Starter pack yang murah iaitu cuma RM8.50 dengan RM5 preloaded kredit.
  • Caj serendah 8sen/SMS ke semua rangkaian
  • Caj serendah 5sen/30sec atau 10sen/minit ke semua rangkaian.
  • minit panggilan percuma kepada semua nombor Umobile setiap bulan mengikut tambah nilai.


Kesimpulannya, untuk dapat kuota  1GB internet percuma kelajuan tinggi ini  adalah anda perlu topup  RM30  setiap bulan untuk mendapatkan tempoh aktif selama 30 hari. Ini kerana masa tempoh aktif dikira dengan kadar RM1/sehari.

Semak Telefon Anda Sama ada Original atau tidak melalui nombor IMEI

Kod IMEI ialah singkatan kepada International Mobile Equipment Identity. Ini boleh diibaratkan sebagai kod pengenalan diri yg unik seperti manusia yg menggunakan kad pengenalan. IMEI didaftar bersama pengeluar asal mengikut model telefon, identiti pengeluar dan identiti peranti ke dalam satu pusat pangkalan data komunikasi 

Alcatel Onetouch Flash Plus Phablet 5.5 inch dengan rear camera 13MP, Camera Selfie 8MP autofocus hanya RM 560

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alcatel kembali mengeluarkan gadget terbarunya dimana sebelum ini telah memperkenalkan One Touch Flash.Kini  Alcatel kembali dengan versi Flash Plus pula. 

Tidak jauh berbeza dengan versi sebelumnya Alcatel Flash Plus ini lebih mengutamakan pada  kamera depan atau yang biasa kita gunakan untuk berselfie, dan Alcatel ini mengusung kamera depan dengan resolusi 8MP berbanding 5MP sebelum ini.Alcatel Flash Plus memiliki kelebihan pada ketebalannya yang hanya 8 mm serta berat hanya 147 gram saja.

Alcatel Flash Plus ini termasuk smartphone cukup bertenaga yang di dukung dengan mempercayakan kepada chipset MediaTek MT6752 yang didukung dengan prosesor octa-core ARM Cortex-A53 yang mempunyai kelajuan 1,5GHz dan  RAM 2GB dan  grafik dari MaliT760MP2, dan bateri 3500 mAh.



Alcatel Flash Plus hanya boleh didapati melalui Lazada sahaja memandangkan pihak Alcatel telah bekerjasama dengan Lazada untuk memasarkan produknya.Pelancaran produk ini di Malaysia setakat ini belum diketahui namun Alcatel Flash Plus boleh didapati di  Lazada Thailand,Lazada Indonesia dan Lazada Philipina.Dengan harga yang kompetatif dengan specfikasi hardware pasti menarik perhatian orang ramai untuk memilikinya.



Phone              : Alcatel Onetouch Flash Plus
Manufacturer   : Alcatel
Announced      : April 2015
Status              : Available - May 2015
Colors              : Slate/Gold
Form Factor    : Candybar
Dimension       : 152.3 x 76.4 x 8 mm
Weight             : 147 g
2G Network    : GSM 900 / 1800 / 1900
3G Network    : HSDPA 900 / 2100
4G Network    : LTE band 1(2100), 3(1800), 38(2600), 39(1900), 40(2300), 41(2500)
Messaging       : SMS, MMS, EMail, IM
Type                 : Capacitive touchscreen
Colors              :16M colors
Size                 : 5.5 inches  
Resolution       : 720 x 1280 pixels
Pixel Density   : 267 ppi
OS                   : Android OS, v4.4.x (KitKat)
Processor        : Octa-core 1.5 GHz Cortex-A53, Mediatek MT6752M   
GPU                : Mali-T760MP2       
RAM                : 2 GB
Internal Memory         :16 GB
External Memory        :microSD, up to 32 GB
Camera                       :13 MP, 4128 x 3096 pixels   
Flash               : LED flash
Features          : Auto focus, Geo-tagging, Touch Focus, Face Detection, HDR, Panorama
Video               :1080p@30fps
Secondary      : 8 MP, AF
Type                : Li-Ion Battery
Capacity          : 3500 mAh

Qoo10 Malaysia promosi Samsung Note 2 lte version hanya RM 499 sahaja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Walaupun muncul handphone baru silih berganti namun dalam pencarian handphone berskrin besar seperti 5.5 inci di mana wujud persaingan sengit antara pengeluar handphone..

Admin masih lagi terkial-kial mencari phablet yang betul betul berbaloi dengan nilai wang dengan budjet tidak seberapa. Pada asalnya admin berura-ura untuk memilih Samsung Note 2 lte version sebagai phablet pilihan memandangkan ia adalah flagship phone pada tahun 2012 dan masih lagi relevan untuk digunakan sehingga kini.Sehinggalah admin terlihat promosi dari Qoo10 Malaysia iaitu Note lte 32gb harga RM 499. Fuyooo murahnya. Memang terbaik murahlah jika dibandingkan dengan harganya dengan phablet yang lain seperti Honor 4x ataupun Lenovo A7000.


Malangnya promosi adalah masa terhad. Jika anda berminat nak beli sila ke sini. Dan jika link ini berjaya membawa anda ke link yang betul.tahniah !!! jika tidak bermakna promosi itu telah pun tamat.

Strategi mantap Celcom menarik kembali pelanggan setia yang lari ke telco lain dengan memperkenalkan Magic Sim Celcom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nampaknya Celcom telah keluarkan pelan prepaid terbaru.Dimaklumkan Celcom  secara rasminya telah memperkenalkan pelan prabayar mereka yang terbaru tahun 2015, di mana seperti pada penawaran Hotlink Hashtag iaitu Celcom menawarkan internet asas 64kbps tanpa had secara percuma. Ini kerana rata-rata pengguna setia Celcom amat pihak Celcom mengikuti langkah Maxis Hotlink Hashtag dengan free basic internet akhirnya termakbul juga impian mereka menerusi Magic Sim ini.


Kad sim prabayar ini akan ditawarkan pada harga RM5, dan ia hadir dengan masa penggunaan selama 5 hari selepas sim ini diaktifkan..Untuk pembelian kad-SIM pihak Celcom menawarkan 200MB secara percuma, selain untuk setiap tambah-nilai, mereka turut menawarkan data tambahan secara percuma. . Pengguna perlu memastikan akaun mereka terus kekal aktif dengan membuat tambah-nilai. Untuk tambah-nilai RM5 pengguna akan menerima 50MB data internet laju secara percuma, 100MB untuk RM10, dan 300MB untuk RM30.




Apa yang menarik dan kelebihan Celcom Xpax Magic SIM  2015

  •  Unlimited Internet (Free Basic Internet) sepanjang tempoh sah aktif untuk aplikasi social seperti Whatsapp, Wechat dan LINE.
  •  200MB Internet berkelajuan tinggi (high speed internet 4G LTE up to 75Mbps)
  •  20 minit panggilan percuma dan 20 SMS percuma kepada nombor Celcom yang lain.
  • Plan Prepaid Celcom termurah setakat ini dengan harga pek cuma RM5.
  • Call rate serendah 12 sen/min kepada semua nombor.
  • Tiada caj PPU Celcom dikenakan jika kehabisan kuota cuma speed internet akan dikurangkan
  • Kuota Internet yang belum habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya
Xpax Magic SIM ini juga didatangi dengan Plan Internet yang harian, mingguan dan bulanan seperti berikut:


Bagi pelanggan Celcom sedia ada, pengguna boleh beralih ke rangkaian Magic SIM ini dengan menghantar SMS “MIG MAGIC” ke 28882, selain Celcom turut menawarkan MNP ke pakej baru ini bagi pelanggan dari rangkaian lain.

Kesimpulannya, satu pelan yang menarik.yang pasti free basic internet adalah kunci tarikan sebenarnya untuk pengguna setia Celcom  untuk terus bersama mereka.Mungkin pengguna pengguna celcom yang "berpaling tadah" sebelum ini  akan kembali ke Celcom Magic Sim.Kita tunggu dan lihat.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca