Sesiapa sahaja memang mengharapkan plan telco yang menawarkan internet percuma (Basic internet) bagi kemudahan Sosial chat.Sosial chat sudah menjadi satu keperluan wajib semua orang bagi mengantikan SMS yang berbayar.Sebagai contohnya isteri admin pakai Onexox tidak lama dulu memang seronok sanagat sebab dapat tempoh aktif panjang.Tak perlu risau pasal topup selalu tambahan pula kadar panggilannya yang lagi jimat berbanding telco lain menjadikan Onexox adalah pilihan terbaik pada waktu itu.Namun pandangannya mula berubah apabila ada telco mula tawarkan internet percuma kelajuan tinggi bagi setiap kali topup.
Sebelum ini isteri admin biasanya memperuntukkan RM 30 sebagi topup bulanannya.Kemudian beliau akan melanggan pakej data RM 18 sebulan bagi kuota 500mb bagi kegunaan sosial chat/internet surfing bagi kegunaan waktu pejabat sahaja kerana di rumah ada Wifi streamyx.Jadi pakej internet itu dilihat mencukupi malah kuota internet berbaki pada hujung bulan. So baki kredit RM 12 itulah yang akan digunakan bagi panggilan atau sms.Adakala cukup dan adakala tidak cukup baki yang ada untuk tempoh sebulan bagi panggilan dan sms.
Nak dijadikan cerita baru-baru ini pejabat beliau dibaikpulih. Dalam pejabatnya hanya rangkaian Maxis sahaja yang boleh tembus dengan baik berbanding rangkaian celcom yang rata-rata mengalami masalah internet ketika di dalam bangunan sehingga terpaksa cari signal di ruang tertentu untuk dapatkan signal 3G.Pasrahlah dia apabila Onexox guna rangkaian Celcom.
Siapa tak kesian bila isteri mula merungut pasal internet tak boleh guna,whatsapp masuk lambat dan sebagainya.Maka admin pun carilah simkad yang guna rangkaian Maxis di samping tawaran internet percuma walaupun berat hati sebenarnya.Yang admin nampak adalah Umobile Power Prepaid. Plan ini simple ja syaratnya, kalau dapatkan internet kelajuan tinggi percuma 1Gb + 2 Gb basic internet kena topup RM 30 setiap bulan.Makna setiap bulan topup RM 30 akan dapat masa aktif 30 hari dan internet kelajuan tinggi percuma 1Gb + 2 Gb basic internet. Maknanya topup RM 30 masih kekal sebagai baki untuk kegunaan panggilan atau sms.
Nampaknya setelah 2 bulan pakai Umobile Power Prepaid ini,beliau rasa berpuas hati.Katanya dapat free internet dan call pun jimat.Baki kredit pun masih banyak lagi walaupun tempoh sah dah nak tamat. Nombor onexox apa pula cerita?Beliau masih pakai lagi dan akan topup bila ada keperluan kerana sayangkan nombornya.Begitulah ceritanya..walaubagaimanapun isteri admin sudah beralih arah namun admin masih lagi menerima insentif dari Onexox sebanyak 10% dari nilai topup nombornya iaitu RM 1 setiap bulan selepas ini berbanding RM 3 sebelum ini.Jadilah..jika itu yang ditakdirkan nak buat macam mana.Redha aje.Hehehe....
No comments:
Post a Comment