Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kali admin nak berkongsi pengalaman menginap di Hotel HNM Pengkalan Hulu Perak.Pada 18/3/2017 admin menghadiri kenduri sepupu
sebelah isteri di Pengkalan Hulu.
Kenduri sepupu pada 19/3/2017 dan kami satu family seramai 6 orang (2 dewasa 4 kanak-kanak) diberikan penginapan oleh mak saudara di hotel berdekatan memandangkan homestay penuh maklumlah musim cuti sekolah sekarang ini.
Admin dan family mula check in hotel jam 12.00 tengah malam setelah selesai persiapan kenduri kendara untuk kesokkan harinya.Jarak rumah kenduri dengan hotel dalam 1 kilometer jaraknya.Kereta admin parking bersebelahan hotel.
Sebenarnya admin tak berhajat nak buat post ini memandangkan admin tak ambil gambar sekitar hotel.Namun admin ada google di internet dan gambar yang admin masukkan dalam post ini adalah berkaitan.
Hotel ini kalau tak salah admin 2 tingkat.Admin diberikan bilik standart room oleh pihak kenduri. dengan harga yang dibayar RM 95 semalam.Admin diberikan bilik bernombor 205.Semasa di kaunter, admin dissambut oleh staf hotel dengan senyum dan diberikan satu bag yang mengandungi kunci hotel,remote ekon,remote tv,remote astro dan juga password WIFI hotel.
Admin terpaksa menaiki tangga untuk ke bilik. Ruang bilik agak sempit namun masih selesa jika anda berniat hanya untuk tidur bermalam.Ruang untuk solat pun selesa dengan penunjuk arah kiblat.Keadaan bilik bersih dan kain cadar,selimut,tuala masih berbau harum lagi.
Bilik ini tiada almari namun dibekalkan tempat penyangkut baju terbuka dengan 2-4 penyangkut.TV dan astro Njoi disediakan.Minuman 2+1 Nescafe juga disediakan.Bilik air agak kecil namun lengkap dengan mandian hujan dan syampoo dan mandian badan.Secara keseluruhan admin selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hotel.
Kedudukan hotel ini amat strategik sekali iaitu berdekatan dengan kedai 7 Eleven dan juga Maybank.kedai makan juga ada berhampiran hotel.Jika anda ke Pengkalan Hulu Perak,admin syurkan hotel ini untuk anda.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Baru-baru ini kecoh dengan rakaman audio HotFM yang menjadi perbualan orang ramai. Admin yakin anda setuju jika admin katakan ini bahwa an...
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Assalamualaikum dan Salah Sejahtera. Perancang keluarga adalah kaedah yang diamalkan isteri ataupun suami yang belum bersedia untuk meni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment