Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Rasa serik sudah nak beli kat Guardian Malaysia Online shop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ingat tak post admin pasal beli barang online dari Guardian Online. Gara gara kerana sabun ketul Lifebuoy Clinic Care 10 yang menyebabkan admin sanggup mencari sejauh 200km hanya kerana ingin mendapatkan sabun ini di Guardian.
 

Malangnya nasib admin kerana tinggal bukan di bandar besar tetapi agak terceruk di pendalaman.Jadi nak dapatkan sabun ini agak sukar kerana Guardian di bandar admin kedainya berskala kecil dan hanya jual jenis cecair sahaja.Itulah sebab admin ambil keputusan untuk membeli secara online memandangkan Guardian menyediakan perkhidmatan pembelian secara online.

Namun apa yang admin simpulkan bahawa langit tidak selalunya cerah. Tidak seperti pembelian admin secara online sebelumini seperti Lazada,Zalora,Lelong.com.my di mana rekod penghantaran barang adalah sangat memuaskan dan maklumbalas dari penjual sentiasa ada. Inilah pertama kali membeli di Guardian online.Selepas ini memang admin seperti trauma nak beli di Guardian Online lagi.



Bayangkan admin order 22.02.2016 sabun lifebuoy bernilai RM 14.50 (nilai tak mahal mana pun) baru 16.3.2016 baru barang yang dibeli sampai di tangan admin melalui khidmat courier GDEX.Itu pun berapa kali telefon tanya bahagian operator tentang status order dan seperti biasa jawapan klise  didengari.Selain admin call,ada juga admin tanya melalui Guardian Malaysia Facebook pada 1 Mac 2016 dan jawapan respon pada adalah "Hi Lilnaldo,  kami akan menyemak dengan E-store kami dan membalas anda secepat mungkin."

14.3.2016 baru dapat respon jawapan


Jawapan standart yang diberi selepas itu senyap sepi.Admin dah bengang dah waktu tuh..dok berkira nak report kat tribunal pengguna dah..tak kiralah nilai belian kecik pun asalkan puashati dapat suatu tindakan oleh pihak berkenaan berkiatan masalah admin.Tapi bila fikir-fikir balik admin batalkan hasrat itu.Admin cuba sekali lagi tanya status pada 11 Mac 2016 dan akhirnya jawapan yang dinantikan 14.3.2016 seperti sreenshot di atas.Susah benar nak bagi maklumbalas kapada pelanggan yang stok kehabisan. Akhirnya setelah menanti 23 hari barang yang ditunggu-tunggu telah selamat sampai di tangan.Alhamdulillah.



Kesimpulannya,bagi pendapat admin biarlah pembelian online melalui Guardian Online adalah yang terakhir dan tiada dah selepas ini.Mungkin nasib kita tak sama.Mungkin ada orang cakap ok je beli dan cepat aje diaorang hantar cepat aje.Semuanya bergantung kepada takdir.Apa-apapun Guardian.com.my kena tengok balik Syarat-syarat yang mengatakan penghantaran akan dibuat dalam masa 5 hari selepas pembayaran telah disahkan.



2 comments:

  1. Anonymous9:37 PM

    saya pun dlm penantian... dah brg yg saya order tu hampir.rm300. saya order dari 10hb ogos sampai 16ogos x sampai lagi. bila call. xde yg angkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat aduan di Facebook Guardian Malaysia...

      Delete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca