Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Video Doktor keluarkan Lipan masuk telinga wanita ketika sedang tidur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesuatu yang lumrah apabila kita akan jumpa binatang berbisa sepertu ular,lipan ataupun serangga berbisa.Tetapi mengejutkan apabila haiwan tersebut cuba membuat sarang di dalam anggota badan manusia seperti telinga. Apatah lagi kalau binatang itu jenis berbisa dan sekiranya binatang itu mengigit dan  sudah pasti ianya mengancam nyawa manusia .
 
Seorang wanita terkejut apabila seekor lipan masuk ke telinganya ketika dia sedang tidur dan enggan keluar.Dalam kejadian di Jiangsu itu, wanita yang namanya tidak didedahkan itu terpaksa mendapat bantuan doktor bagi mengeluarkan haiwan berbisa berkenaan selepas lipan itu terlalu selesa tinggal di dalam telinganya.

Media tempatan melaporkan doktor di Hospital Yangzhou berjaya mengeluarkan lipan berkenaan pada 17 September lalu. Klip video yang turut tersebar menunjukkan lipan berkenaan keluar seketika seolah-olah menjenguk keadaan sekeliling sebelum kembali ke ‘sarangnya’ yang selesa.

Beberapa minit kemudian, doktor menggunakan penyepit untuk mengeluarkan haiwan itu perlahan-lahan daripada telinga mangsa.Menurut laporan media, doktor terlebih dulu melemaskan lipan berkenaan menggunakan salin.Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan ringan pada telinganya.
Rakaman prosedur berkenaan menjadi viral selepas dikongsi pengguna laman media sosial. -Sumber Harian Metro


No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca