Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Amalan makan tauhu penyebab buah pinggang penuh dengan batu karang ?

Tahu adalah makanan yang berasal dari negeri China. Penganan ini dikenal dengan beragam nama di Asia. Ada yang menyebutnya tofu, orang Cina sendiri menamainya doufu. Orang Indonesia serta Malaysia dan Thailand lebih suka menyebutnya sebagai tahu.
 

Tahu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada tahu, juga dapat dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya.

Namun begitu lain pula ceiruta di negara China, Gara-gara gemar makan tauhu dan minum hanya sedikit air pada setiap hari, seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan membuang sebanyak 420 butir batu karang dari badannya pada minggu lalu. Portal People’s Daily melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai He, 55, itu, menjalani pembedahan di sebuah hospital di wilayah Zhejiang, timur China selepas mengadu sakit di bahagian abdomen.
Pemeriksaan awal mendapati, buah pinggang He penuh dengan batu karang, menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan segera kerana bimbang organnya itu terpaksa dibuang akibat kekurangan air. Pakar bedah yang merawat He, Wei berkata, dia terkejut melihat jumlah batu karang yang dikeluarkan dari buah pinggang pesakitnya itu.

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Pembedahan memakan masa dua jam dan 45 minit untuk mengeluarkan semua batu karang terbabit.

“Apabila pembedahan selesai, tangan dan kaki saya lenguh. Dulang yang digunakan juga dipenuhi dengan 420 butir batu kecil,” katanya.

Menurut Wei, batu karang itu berkumpul berikutan tabiat He yang gemarkan makanan berasaskan soya terutamanya tauhu.

Jelasnya, produk berasaskan soya buatan penduduk di Dongyang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan mudah menyebabkan batu karang.- 9 Jun 2015 BEIJING


Sumber Utusan 

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca