Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Ketahui punca berat badan tak turun walaupun diet tak makan nasi

Ramai yang gagal menurunkan berat badan kerana tak faham dan tak tahu punca mereka menjadi gemuk. Ada yang kata makanan yang berlemak penyebab gemuk, tetapi sebenarnya kita gemuk kerana respons badan kita terhadap karbohidrat dan gula yang berlebihan, sehingga menyebabkan kegemukan sukar untuk dikawal. Maka mengamalkan diet karbohidrat dengan tidak mengambil nasi dan makanan yang berasaskan tepung selama berbulan-bulan lamanya.Akan tetapi berat badan masih tidak menunjukkan bahawa diet karbahidrat sangat efektif.

Mengapa ini terjadi?Antara puncanya ialah gula kerana tubuh mampu menukar gula pada lemak badan.Apa bila kita mengamal diet karbohidrat secara tidak langsung pola cara pemakanan kita berubah.Dalam mengelak makanan karbohidrat kita biasanya akan memperbanyakkan minum air tetapi lebih kepada minuman bergula. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan gula dalam darah menjadi stabil. Tetapi sebenarnya insulin menyingkirkan gula dengan cara menukarkan gula kepada lemak pada badan kita. Inilah punca kenapa anda masih gemuk atau obesiti walaupun telah mengurangkan makanan berlemak.

Satu lagi kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula terlebih dahulu daripada lemak. Selagi badan masih ada kandungan gula ia akan membakar gula dan tidak membakar lemak. Malangnya keupayaan tubuh untuk membakar adalah rendah. Gula yang tidak sempat dibakar akan ditukarkan kepada lemak. Dengan kata lain, walaupun anda kuat bersenam, tubuh tetap tidak membakar lemak tetapi membakar gula terlebih dahulu.

Kesimpulannya,sekiranya anda telah berusaha mengurangkan lemak dan bersenam tetapi masih lagi gemuk. Maka gula adalah punca obesiti atau gemuk yang anda alami. Amat bijak anda mengurangkan makanan dan minuman yang manis untuk kesihatan tubuh badan anda.Minum air kosong sebanayak 2-3 liter sehari dapat membantu proses mengeluarkan toksid dalam badan.Jika anda ingin minum minuman bergula seeloknya beralih kepada gula sihat iaitu gula stevia.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca