“Sebaik tiba di rumah, saya memanggil mereka (pembantu rumah), namun
tiada jawapan. Kerana rasa tidak sedap hati, saya terus meluru masuk ke
dalam bilik mereka dan mendapati semua barangan telah tiada," katanya
ketika dihubungi di sini hari ini.
Pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, kerugian ribuan ringgit apabila wang tunai dan barangan kemas miliknya dan isteri dilarikan oleh dua pembantu rumah mereka dalam kejadian di kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara di sini hari ini.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 12 tengah hari ketika beliau pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari. Aliff tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku, kerana sebelum ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya.
“Saya selalu tiada di rumah kerana urusan kerja di luar negara, justeru
itu saya memberi kepercayaan kepada mereka bagi menjaga rumah kami
kerana sebelum ini tiada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya
yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, di sini
petang ini.
Ahli perniagaan itu turut menasihatkan mana-mana ejen pembantu rumah supaya berhati-hati ketika mengambil pembantu rumah warga asing sebelum me-nyerahkannya kepada majikan.
Nota Kaki :
Kalau difikirkan, memang menyakitkan hati apabila kes sebegini terjadi.Apa tidaknya, kadang-kadang majikan sudah menganggap pembantu rumah itu umpama saudara sendiri, tetapi mereka pula yang mengkhianati kepercayaan itu.Admin ucapkan takziah kepada Dato dan keluarga.
Sumber: Elza / My News Hub
No comments:
Post a Comment