Admin hendak berkongsi masalah kerata yang dihadapi admin baru-baru ini. Masalah signal enjin menyala tiba-tiba ketika sedang memandu dan hilang tidak lama kemudian. Masalah ini jika dibiarkan akan membawa seribu masalah terutama bagi enjin injection.
Hasil google internet mendapati jika lampu “enjin” anda tiba-tiba menyala, segera berhenti dan padamkan enjin kenderaan anda. Lampu ini mewakili tekanan minyak dan juga suhu air, maka apabila lampu ini menyala, ia menunjukkan sama ada tekanan minyak kenderaan anda sudah terlalu rendah (mungkin paras minyak sudahpun menurun), atau penanda aras tekanan sudah tidak berfungsi, maka ia menyampaikan mesej yang salah. Jika tekanan minyak menjadi rendah, enjin anda mungkin akan mengalami kebocoran minyak atau membakarnya.
Adalah sangat penting semua ini diperiksa dengan lebih lanjut. Mungkin juga anda harus bertukar kepada minyak yang baru.Jika lampu “periksa enjin” atau “hilang kuasa” menyala, pastikan anda membawa kereta anda untuk diperiksa oleh mekanik yang bertauliah. Walaupun ianya bukanlah kecemasan, tetapi ianya melibatkan masalah kepada kawalan perkomputeran enjin kenderaan.
Berdasarkan maklumat di atas,admin bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut kerana ianya melibatkan perkomputeran enjin. Pomen memaklumkan kes admin kena periksa mengunakan alat Multiscan untuk mencari masalah yang dihadapi oleh kereta admin.Periksa masalah sahaja dikenakan RM 60.00.Nasib baik maslaah dapat dikesan kalau tidak, rasa ralat duit terbang macam itu sahaja.
Gambar Hiasan : Multiscan kesan masalah |
Hasil pengesan yang dibuat oleh alat Multiscan itu mendapati kereta admin ada masalah dan perlu tukar gauge water unit.Pomen cakap dalam RM 80.00 kalau tukar baru.
Punca signal enjin menyala |
Selepas tukar gauge unit water harap-harap tak ada signal enjin menyala.
Sekian. :)
Assalamualaikum admin..saya pon mengalami masalah yg sama..kereta proton wira 1.5 A..dah scan n pomen kata thrrotle body kotor..dah cuci n jalan lampu tu menyala balik..apa masalah dia ye??pening dah saya nie..huhu
ReplyDelete