Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Download Waktu Solat Malaysia 2014 untuk handphone android

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila masuk tahun baru 2014. Sudah menjadi satu kewajipan bagi admin akan cari aplikasi waktu solat setiap tahun baru bagi kegunaan sendiri.Ianya bertujuan memudahkan admin untuk mengetahui waktu solat dengan cara yang mudah dan pantas. Sebelum ini admin selalu guna aplikasi solat dari pencipta Encik Mohamad Asrul Mustafar, Tg Afrizal Tg Ali, Mohd Azwan Abbas dari Universiti Teknologi MARA Perlis.

Tetapi untuk tahun 2014 ini, Admin ingin berkongsi aplikasi buatan rakyat Malaysia juga. Memperkenalkan aplikasi iSolat untuk telefon  jenis Android. Ianya dapat memaparkan waktu solat seharian bagi seluruh Malaysia, di samping mengingatkan anda apabila tiba masuk waktu solat


Ciri-ciri:
  • Dapat memaparkan waktu solat untuk semua bandar-bandar utama di seluruh Malaysia.
  • Lokasi boleh ditukar dengan mudah.
  • Data waktu solat sepanjang tahun.
  • Boleh memaparkan waktu solat untuk tarikh tertentu.
  • Waktu solat hanya perlu dimuat turun setahun sekali.
  • Data solat daripada JAKIM / Majlis Agama Islam Negeri.
  • Peringatan masuk waktu solat (azan atau nada peringatan).
  • Petunjuk arah kiblat.
  • Tarikh dalam bulan islam (Hijrah).
  • Tidak memerlukan GPS.
  • Diberikan secara percuma. 
Perhatian:
- Waktu solat dan arah kiblat hanya untuk negara Malaysia sahaja.
- Fungsi arah kiblat bergantung sepenuhnya terhadap kompas telefon pintar anda, untuk mendapatkan arah yang tepat:
  • Sila buat kalibrasi dengan memegang telefon dan buat pusingan mengikut angka 8.
    contoh: http://www.youtube.com/watch?v=sP3d00Hr14o
  • Jauhkan telefon anda daripada sebarang perkakasan elektrik.
    contoh: komputer, tv, kipas, radio dsb.
  • Tidak berada di dalam kenderaan semasa mendapatkan arah kiblat.
  • Buka pelindung telefon anda sekiranya ia mempunyai magnet.
Muat Turun:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kamal.isolat

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca