Admin ada terbaca kenyataan seorang budak di facebook di page Dunia CacaMarba sewaktu sebelum perlawan akhir antara pasukan Kelantan dan Pahang tempohari.Jika anda membaca kenyataan bodoh Daniel hakim yang mulutnya cukup celupar hingga sanggup mempertaruhkan nyawa ibubapa sendiri kerana bola sepak. Sepatutnya orang seperti Danial Hakim ini patut ditangkap oleh pihak polis kerana membuat ugutan bunuh kepada ibubapanya sendiri.
Walaupun kita boleh menjangka kenyataannya yang dibuat di facebook sekadar bergurau namun dari segi moral adalah satu tindakan biadap kepada ibubapa sendiri.Sepatutnya budak ini patut kena tindakan sewajarnya sebagai hukuman di atas tindakannya itu.Bayangkan kalaulah ibubapanya sendiri membaca kenyataan ini....macamana perasaaan mereka? Admin sendiri pun ada juga terdetik di hati harap Kelantan kalah kerana takut budak gila kotakan janji jika Kelantan menang. Maklumlah di Malaysia banyak muda mudi yang sakit mental.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Pasukan Pahang yang berjaya menewaskan Pasukan Kelantan 1-0. Serious, boleh nampak tertekannya ahli pasukan Kelantan pada saat-saat kritikal sebelum habis tempoh masa ke-2.Bagi saya perlawanan kali ini nampak adil sebab ianya dibuat di Stadium Shah Alam, Selangor. Bukan di Kelantan, dan bukan juga di Pahang.Tahniah juga kepada Jurulatih mereka, Dollah Salleh dan Pengurus mereka Zainal Abidin Hassan yang berjaya membimbing Pasukan Pahang dengan baik.
Kepada Penyokong Kelantan, tak usah bersedih hati. Mungkin tuah tiada pada tahun ini. Semoga anda berjaya di tahun yang akan datang.Kepada peminat pasukan JDT Johor yang kini mengutuk Kelatan tewas 1-0 di tangan Pahang Usahlah bergaduh pasal bola wahai peminat bolasepak Malaysia...sudah adat permainan menang atau kalah.kalau kalah usaha dengan gigih lagi tahun hadapan ok.
http://inagist.com/all/397181701043933184/ |
No comments:
Post a Comment