Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Amalan Minum Teh membahayakan Kesihatan ?



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Telah menjadi amalan rakyat Malaysia teruatamanya rakyat beerpendapatan rendah mahupun sederhana menjadikan minuman the sebagai minuman rutin mereka sama ada di waktu pagi,tengahari, petang mahupun malam. 

Kebiasanya jenama the yang popular adalah dari jenama Lipton,BOH dan Teh’ Wangi. Bagi gerai minuman biasanya akan menggunakan teh’ timbang yang biasanya mengandungi pewarna bagi menyedapkan teh’ ais.  Teh’ mengandungi bahan anti-oksida, teh sememangnya membawa pelbagai jenis kebaikan kepada kesihatan badan. Namun, tahukah anda bahawa pengambilan teh yang berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan gigi serta tulang rapuh?



Kajian dari Universiti Glasgow juga mendapati bahawa lelaki yang meminum lebih daripada tujuh cawan teh sehari mengalami 50% risiko kanser prostat berbanding dengan lelaki yang mengambil jumlah teh yang kurang.

Journal Perubatan Britain yang diterbitkan pada tahun 2009 turut melaporkan bahawa teh yang diminum dalam suhu sepanas 70 darjah celcius boleh menyebabkan kanser esofagus. 



Jadi, bagaimana anda patut mengehadkan jumlah teh yang diambil? Kebanyakan pakar kesihatan mendapati bahawa 100 sehingga 150 uncang yang boleh membuat 12 cawan teh sehari adalah keterlaluan. Seliter teh boleh mengandungi sehingga 9mg flourida, iaitu sejenis bahan yang sekiranya diambil terlalu banyak boleh mengakibatkan fluorosis rangka, tulang rapuh serta kesakitan dan kekejangan ligamen. Mereka yang pada kebiasaannya minum sekurang-kurangnya 3.78 liter teh selama tiga dekad besar kemungkinan akan mengalami masalah sedemikian.

Demi mengelakkan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan daripada berlaku, anda dinasihatkan untuk minum teh yang tidak terlalu panas. Di samping itu, anda turut digalakkan untuk mengambil teh hitam/teh hijau kerana ianya adalah lebih sihat memandangkan teh' jenis itu mengandungi sejenis bahan anti-oksida yang dikenali sebagai polifenol. Tambahan pula, terdapat kajian yang mendapati bahawa tiga atau lebih cawan teh hitam sehari boleh mengurangkan masalah jantung.

Teh Hijau

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca