Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Badan Segar Wajah Berseri Dengan Khasiat Buah Prune Sebagai Diet Harian

Baru-baru ini balik kampung. dan adik ipar ada promosi jus prune yang dikatakan dapat menyembuhkan penyakit terutama penyakit autoimun seperti ezema.
Hasil google dari internet mendapati bahawa buah prun ini secara amnya ialah buah plum yang dikeringkan. Buah Prune ini juga sangat baik kerana mempunyai mineral dan polyphenol yang tinggi serta nilai ORAC yang tinggi. Bila dilaksanankan proses pengeringan, buah Prune ini mengalami peningkatan daya anti-pengoksidaannya sehingga mencapai 6 kali ganda dari asal.

Buah Prun mempunyai daya pemulihan seperti:
  • Menentang Jangkitan
  • Penyakit sistem jantung
  • Pengurangan kolesterol
  • Kencing manis
  • Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
  • Penyakit Diverticular
  • Pengurangan risiko tanggungan estrogen kanser
  • Meransang kepadatan tulang
  • Membersihkan hati
  • Membersihkan usus perut

Nilai antioksida prune adalah tertinggi di antara semua jenis  buah-buahan  dan sayur- sayuran.Nilai antioksida yang tinggi berkesan dalam  melambatkan proses  penuaan,   memperbaiki tekstur kulit, melindungi sel-sel badan,  mencegah penyakit  kanser  dan lain-lain.

• Kaya dengan zat-zat mineral yang dapat  menyeimbangkan pH darah  atau   memelihara pH  
   pada tahap yang sihat.

• Boron dapat memperbaiki rembesan hormon dan mencegah kehilangankalsium melalui air  kencing.

• Kandungan zat potassium yang tinggi dari sodium yang rendah adalah berfaedah kepada pesakit
   hipertenal.

• Kaya dengan fiber dan pektin yang dapat merangsangkan pergerakan usus,  mencegah dan
   memperbaiki keadaan sembelit dan perut yang tidak selesa.

• Fenol berkesan dalam menyekat pertumbuhan bakteria dan merupakan antibakteria bagi
  makanan dan luka.

• Polisakarida prun yang telah diaktifkan  dapat mengaktifkan fungsi keimunan  badan, seperti
  Alpa- interferon dan sel-sel pembunuh semulajadi agar  menguatkan sistem keimunan.

• Sumber zat besi untuk vegetarian.

Bagaimana hendak mendapatkan khasiat buah prune ini? Anda boleh pilih senarai produk di bawah ini. 



BRANDS MIKI PRUNE ESSENCE
Mahal produk ni mungkin sebab ianya MLM punya produk.
Harga biasa, RM115.00....dikatakan sebotol ni mangandungi 1500 biji prune.

Kalau pandai cari agen, mungkin dapat harga murah....

atau

BRANDS INNER SHINE PRUNE ESSENCE
Tak mahal pun..
Kalau kedai biasa, RM23.50..
Watson atau Guardian, RM23.90..
Kalau ada promosi, turun mencecah RM21++..
Mengandungi pati prune dan pati delima.Agak pekat dan manis.

atau


BRANDS SUNSWEET PRUNE JUICE
Yang ini tak mahal mana ..
Kalau kedai biasa, hanya RM12.50..
Buat masa ini...inilah pilihan saya...:)
Mengandungi 100% buah prune..agak cair dan tahap manis sederhana.

7 comments:

  1. Tkasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. btol...mmg bagus buah prune nie..aku dah rase hasilnye yihaaa..:D

    ReplyDelete
  3. prune jus sun sweet tu RM12.50??
    saye beli kat Giant Supermarket baru RM11.00.. awat mahai RM1.50?

    ReplyDelete
  4. Hehehe..itu bezanya antara kedai runcit biasa dengan hypermarket...dari segi harga.

    ReplyDelete
  5. Saya pun amalkan minum jus prune stiap hari. Sangat baik untuk kulit dan mengusir sembelit. Saya rekomenkan brand Del Monte..lebih kurang dengan Sunsweet tetapi Del Monte lebih sedap, pekat sikit...saya minum dengan tambah air..1:1...1 botol boleh tahan dalam seminggu...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:24 PM

    Buah prun baik untuk mata juga kan... nak income$$$ http://myinvitepay.com/?ref=310333

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca