Kali ini ingin sekali berkongsi suatu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penjawat awam. Mungkin ada sebahagian penjawat yang celik tentang insurans sudah pun memiliki kad medik dari syarikat-syarikat insurans. Namun masih banyak lagi penjawat awam di luar sana yang masih belum memilikinya kerana stigma di minda mereka menganggap semua kos perubatan akan ditanggung kerajaan dan tidak perlulah ambil insurans lain untuk perindungan masa hadapan mereka.
Ya, memang benar penjawat awam diberikan rawatan secara percuma di hospital kerajaan.Persoalannya di sini berbaloikah?? Rawatan di hospital kerajaan ada kalanya t/kebiasaannya terpaksa menunggu berjam-jam lamanya dan untuk mendapatkan rawatan. Bayangkan dari jam 8.00 pagi mendaftar dan lepas itu terpaksa menunggu 4 jam baru boleh jumpa doktor ataupun Pembantu Perubatan yang memeriksa kita tidak sampai 5 minit pun. Rasa macam tidak berbaloi tunggu lama. Lepas itu dengan peel layana "mesra', ragam-ragam doktor pelatih lagi dan kekurangan doktor pakar lagi terlatih...sudah tentu mungkin terdetik di hati memikirkan inikah dasar percuma yang diwar-warkan penjawat awam untuk menikmati rawatan yang sempurna dan berkesan serta terbaik di hospital kerajaan?
Mahu tak mahu rasa marah dan geram dipendamkan sahaja dalam hati kerana nak pergi mendapatkan hospital pakar swasta yang menyediakan rawatan pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.
CUEPACS telah melancarkan Skim CuepacsCare untuk membantu Penjawat Awam mendapat rawatan pakar di hospital swasta.
CUEPACS dengan kerjasama Medicare Assistance dan CIMB Aviva Takaful telah memperkenalkan Program Penghospitalan dan Pembedahan Cuepacscare dengan menyediakan manfaat maksimum dan mampu disertai oleh semua warga penjawat awam !
Keistimewaan Cuepacscare :
a. Kadar Sumbangan Yang Mampu Dimiliki Oleh Sekeluarga
b. Kemudahan Penyertaan Melalui Potongan Biro Angkasa
c. Diterima Lebih 72 Hospital Panel Pakar Di Seluruh Malaysia
d. Sebarang kenaikan kadar sumbangan ditanggung bersama oleh Kerajaan
Manfaat CUEPACSCARE:
Memberi perlindungan bg kos rawatan untuk pekerja sektor awam serta ahli keluarga sahaja dengan hanya potongan gaji RM40.85 pendek kata berfungsi sebagai medikal insuran biasa tetapi kad ini cover SELURUH KELUARGA ANDA dengan coverage RM60K setahun UNLIMITED SEUMUR HIDUP
JADUAL MANFAAT KONTRAK PESERTA & KELUARGA
JENIS RAWATAN YANG DILINDUNGI
HAD PERLINDUNGAN
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cuepacscare.my
No comments:
Post a Comment