Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Penyanyi Izwan Pilus Telah Meninggal Dunia Pada 20 Januari 2012 Jam 6.15 PM



Salam takziah atas pemergian Allahyarham Izwan Pilus.
Beliau dilahirkan pada 24 November 197.  Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.


 Beritapemergian Allahyarham Izwan Pilus ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.


Di atas ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.
Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah  dan virus kencing tikus. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan

Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.


Rakan artis dan wartawan berada di sekitar bilik mandi jenazah Hospital Ampang. Jenazah Allahyarham Izwan Pilus akan dibawa ke Melaka untuk dikebumikan malam ini atau pagi esok.



Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus, 33, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Palembang Nyalas Kampung Gubah, Jasin kira-kira jam 11 pagi. Pengebumian tersebut turut dihadiri ramai artis tanah air termasuk peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu Hafiz dan Hakim serta tenaga pengajar AF, Siti Hajar.
Sementara itu, adik Allahyarham Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril yang merupakan bekas peserta AF7 berkata, pemergian abangnya begitu dirasai malah seolah-oleh seperti suatu mimpi.


No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca