Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Dekoder Skybox F3 rosak setelah 4 tahun berkhidmat menyediakan saluran alternatif Astro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

4 tahun yang lalu admin diperkenalkan oleh rakan tentang satu alternatif untuk mendapatkan channel Astro dengan harga murah.Rakan admin memperkenalkan Skybox dekoder pada admin.

Dengan harga dekoder pada waktu itu dalam RM 250 seunit dan harga penyediaan perkhidmatan alternatif(Cline) yang berharga RM 30-40 sebulan untuk dapatkan semua channel astro dengan syarat ada talian streamyx.Pada waktu itu memang teruja sebab admin pelanggan Astro bagi pakej paling murah RM 30++ sebulan kalau tak salah.Admin telah mengorak langkah untuk mencubanya dan menukarkan pakej Astro yang sedia ada ke pakej Njoi dengan bayar RM99 sahaja bagi proses pertukaran tersebut.

Admin difahamkan siaran alternatif astro ini boleh diumpamakan "hanya seorang melanggan pelan internet dan berkongsikan internetnya itu kepada semua orang menggunakan Wifi".Sama juga macam saluran alternatif Astro ini di mana Wifi yang digunakan adalah satu server komputer untuk berkongsi siaran dengan menghantar signal melalui talian internet.Siaran pilihan utama admin sekeluarga adalah channel HBO,Cinema,Fox,Citra,cartoon dan sport.

Dalam 4 tahun pakai perkhidmatan alternatif ini memang banyak suka duka.Yang suka adalah admin dapat semua channel astro tanpa perlu keluarkan wang bulanan sehingga ratusan ringgit.Yang duka pula,siaran alternatif ini kadangkala tidak smooth macam siaran Astro sebenar di mana adakala siaran yang diterima jadi hang(srambler) seminit dua atau bergelap terus(tiada siaran).Pernah sekali admin merasai zaman bergelap selama 4-5 bulan di mana saluran alternatif ini tidak berfungsi disebabkan Astro mengemaskini servernya yang telah menyebabkan berlaku kepincangan teknikal kepada pihak penyedia alternatif ini.

Pada 5 jun 2016,dekoder skybox f3 admin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir apabila tidak lagi berfungsi.Pada hemat admin denga harga dekoder itu agak berbaloi selama 4 tahun ianya berkhidmat untuk admin.So pada waktu terdekat ini siaran Njoi menjadi backup admin.Jadilah,asalkan ada siaran.Hahahaha.

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca