Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahukah anda bahawa tekanan angin kenderaan anda tidak cukup atau sesuai dengan tayar kenderaan anda akan mendedahkan anda dengan kemalangan dan juga merabak wang poket anda.Semua sedia maklum bahawa harga tayar kenderaan bukannya murah.Sebiji tayar kenderaan saiz 15 inci dalam RM 150 ke atas.Kebiasaanya tayar baru bertahan minima selama 2 tahun sebelum diganti dengan yang baru.
Apa perasan anda jika anda perlu beli tayar baru walaupun tak sampai setahun pakai disebabkan permukaan tayar tidak rata dan makan dalam. Ianya antara kesan daripada masalah kekurangan tekanan angin kenderaan adalah :
1. Stereng jadi berat dan ketat tambah-tambah lagi bila nak parking atau jika menelusuri jalan yang berselekoh.
2. Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.
3. Sudah tentu ianya mempercepatkan jangka hayat tayar anda. Tayar akan mudah rosak dan tidak seimbang.
4. Menyebabkan penggunaan petrol bertambah dan sudah tentu menambah beban perbelajaan wang.
Masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Bila buat pemeriksaan tayar anda kena ke stesen minyak dan gunakan pam angin dengan setting tertentu megikut jenis tayar kenderaan anda memastikan keadaan angin tayar kenderaan dalam keadaan seimbang.Kadangkala pemeriksaan ini menyusahkan.
Bagaimana admin atasi masalah di atas iailah dengan pasang penutup tiub tayar yang memantau jumlah angin tayar kenderaan.Kalau angin tayar cukup,signal tiub menjadi warna hijau manakala kalau signal merah bermakna tayar anda kekurangan angin.Mudah bukan.
Nak tahu rupa tiub tersebut? Lihat post admin yang terdahulu.
No comments:
Post a Comment