Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Petua elakkan bunga tayar kereta tidak rata,angin tayar kurang,tayar cepat rosak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda bahawa tekanan angin kenderaan anda tidak cukup atau sesuai dengan tayar kenderaan anda akan mendedahkan anda dengan kemalangan dan juga merabak wang poket anda.Semua sedia maklum bahawa harga tayar kenderaan bukannya murah.Sebiji tayar kenderaan saiz 15 inci dalam RM 150 ke atas.Kebiasaanya tayar baru bertahan minima selama 2 tahun sebelum diganti dengan yang baru.


Apa perasan anda jika anda perlu beli tayar baru walaupun tak sampai setahun pakai disebabkan permukaan tayar tidak rata dan makan dalam. Ianya antara kesan daripada masalah kekurangan tekanan angin kenderaan adalah :
1.    Stereng jadi berat dan ketat tambah-tambah lagi bila nak parking atau jika menelusuri jalan yang berselekoh.


2.    Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.


3.    Sudah tentu ianya mempercepatkan jangka hayat tayar anda. Tayar akan mudah rosak dan tidak seimbang.


4.    Menyebabkan penggunaan petrol bertambah dan sudah tentu menambah beban perbelajaan wang.


Masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.


Bila buat pemeriksaan tayar anda kena ke stesen minyak dan gunakan pam angin dengan setting tertentu megikut jenis tayar kenderaan anda memastikan keadaan angin tayar kenderaan dalam keadaan seimbang.Kadangkala pemeriksaan ini menyusahkan.

Bagaimana admin atasi masalah di atas iailah dengan pasang penutup tiub tayar yang memantau jumlah angin tayar kenderaan.Kalau angin tayar cukup,signal tiub menjadi warna hijau manakala kalau signal merah bermakna tayar anda kekurangan angin.Mudah bukan.

Nak tahu rupa tiub tersebut? Lihat post admin yang terdahulu. 

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca