Aku sudah Bosan dengan Clash Of Clan setelah 2 tahun bermain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah hampir 2 tahun bermain game Clash of Clan.Siang dan malam berusaha mendapatkan tropi paling tinggi dan berjuang bersama-sama member clan Kedah Sempoi.Boleh dikatakan sepanjang 2 tahun bersama Clash Of Clan ini,ahli clan Kedah Sempoi sering bertukar ganti.
 

Ada yang berhijrah ke clan yang lain malah ada yang sekadar mencari pengalaman dan kekuatan sehingga menubuhkan clan sendiri.Masa kegemilangan dulu clan Kedah Sempoi sentiasa penuh dan kini jumlah ahli tidak sampai belasan orang.Leader clan lebih suka berprinsip biar sedikit ahli tetapi berkualiti.

Bagi admin untuk menubuhkan clan sendiri bukan fokus utama admin kerana game ini hanya sekadar hobi.Untuk menjadi ketua clan perlu ada fokus pada game semata-mata dan sentiasa online pada game bagi memastikan ahli-ahli mendapat bantuan dan memperbaiki tripi masing-masing.

Tunjuk ajar dan nasihat juga diberikan bagi ahli yang masih baru dalam game tersebut.Walaupun admin pada asalnya berjawatan Elder kemudian dinaik pangkat menjadi orang kepercayaan Leader dan kini kembali menjadi Elder adalah satu lumrah.Bagi orang yang kejar pangkat dalam Clan jika situasi ini berlaku mungkin dah cabut lari ke clan lain.Admin masih setia dan sekali sekala akan buka game sekadar kutip syiling emas dan elixir sahaja.Game ini sudah sampai tahap tepunya...Admin dah tak larat untuk meneruskan permainan ini.


Pencapaian tertinggi admin dalam game ini adalah Lever 94 dan kedudukan trophy semasa adalah 1865.Mungkin salah satu penyebab admin jemu kerana upgrade lever amat tinggi iaitu jutaan diperlukan.Untuk dapatkan jumlah sebanyak itu memakan masa yang lama. Kesudahannya,itulah level yang termampu admin capai.Masa untuk berehat Clash Of Clan....




No comments:

Post a Comment