Pengeluaran tunai menggunakan MEPS dari mesin ATM Bank dikenakan GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin adalah salah pengguna tetap CIMB Bank. Memandangkan pelaksanaan cukai GST tidak lama lagi di mana ianya akan memacu ekonomi negara. Adalah menjadi kesedaran  bagi admin bahawa setiap pengeluaran tunai di mana mesin ATM selain bank CIM akan dikenakan caj sebanyak RM 1.00

Bahawasanya admin cukup teruja abila pihak CIMB  mengumumkan yuran MEPS yang dikenakan ke atas pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB dari mesin ATM Bank lain akan dinaikkan berjumlah 6 sen kepada RM1.06 (termasuk cukai GST) bermula 1 April ini.

Menurut kenyataan dalam laman CIMB Malaysia, cukai GST yang dikutip akan diremit oleh MEPS kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. “Bermula 1 April 2015, yuran MEPS dikenakan ke atas pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB dari mesin ATM bank lain berjumlah 6 sen kepada RM1.06 (termasuk cukai GST). “Pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB di mesin ATM CIMB masih percuma,” kata kenyataan itu.





Kesimpulannya,cukai GST memang tidak dinafikan memacu ekonomi negara seperti yang diwar-warkan di media elektronik.

No comments:

Post a Comment