Dalam Kenangan : Harun Salim Bachik meninggal dunia 1959 - 2015

Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia pada 8hb Mac 2015 selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan di Pulau Pinang sebelum berhenti di hentian berkenaan.

Anak lelakinya iaitu Hakeem Sofi dikatakan menemani ayahnya yang berasa penat untuk ke tandas di R&R itu.Sebaik memasuki tandas di sebuah stesen minyak di R&R berkenaan, ayahnya mula tercungap-cungap sebelum tiba-tiba rebah di atas lantai tandas.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Koperasi Polis, Gombak.
Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an dan sitkom bersiri Gado Allahyarham pernah menjadi Presiden Seniman pada tahun 2010/2011.

Beliau adalah anak kepada pelakon zaman 50-an, Salim Bachik.

INFO

Nyanyian - Album Belilah dengan lagu popular Banjir.

Filem - Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2; SAM: Saya Amat Mencintaimu, Tolong, Awek Aku Pontianak, Lawak Ke Der?, Bikers Kental, KI, Lemak Kampung Santan, Abang Long Fadil dan Lelaki Harapan Dunia.


My8vertsing.blogspot.com merakamkan ucapan takziah dan moga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

 Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment