Mesmerize For Men Perfume terbaik dari Avon sudah kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru baru ini admin ke butik Avon sebab nak hadiahkan sesuatu untuk yang tersayang. Belek punya belek punya belek dalam katalog terbaru.Tiba tiba mata admin terperasan sesuatu yang menarik pandangan mata yang di atas meja kaunter.Botol biru dengan tulisan emas dengan penutup botol emas.

Botol ini pernah menjadi teman setia admin dulu-dulu pada tahun 1995-1999. Selepas itu botol ini telah hilang (dihentikan pengeluarannya) sehingga ianya muncul kembali baru-baru ini.Botol minyak wangi ini juga menyebabkan admin beralih arah meluaskan pencarian wangian dengan jenama antarabangsa.

Mesmerize For Men adalah satu minyak wangi bagi admin sesedap bau citrus yang pasti mempersonakan sesiapa saja yang memakainya.Mesmerize by Avon adalah bauan berasaskan wangaian Citrus Aromatic khusus untuk lelaki. Mesmerize dilancarkan pada tahun 1992. Top notes are mandarin orange, apple and bergamot; middle notes are exotic spices and myrrh; base notes are amber and woodsy notes. 

Dengan kandung 75ml pada harga promosi RM 59.00 adalah harga berbaloi buat masa ini jika hati dah meluap-luap nak beli perfume ini.Memang sudah lama pihak Avon tidak keluar koleksi perfume ini.Admin pernah beli banyak perfume Avon untuk lelaki tetapi kalau dibandingkan dengan Mesmerize For Men memang tiada tandingan.

Makna selepas ini pada katalog akan datang mungkin akan ada promosi terbaru tentang Mesmerize For Men dengan harga yang lebih murah. Apa apun kita tunggu...

No comments:

Post a Comment