Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Admin merupakan salah seorang pelanggan Celcom tegar yang masih lagi setia dengan Celcom walaupun terdapat plan yang menarik ditawarkan oleh syarikat Telco di Malaysia. Secara teori, pelan Celcom Xpax X2 dilihat adalah yang terbaik berbanding plan Telco yang lain jika anda seorang yang mempunyai ciri-ciri penggunaan seimbang untuk panggilan, permesejan dan data.
Tetapi jika penggunaan anda adalah lebih terarah kepada data, maka pelan selain Celcom Xpax dilihat lebih sesuai walaupun lebih mahal daripada aspek panggilan dan permesejan.Walaupun plan Celcom X2 ini telah dimansuhkan pada 1 Julai 2013 oleh pihak Celcom dan digantikan dengan plan X24 namun keuntungan berganda yang dikecapi semasa plan x2 sebaliknya plan terbaru ini lebih berstrategi untuk menarik lebih golongan muda untuk memilih plan ini iaitu pelan data percuma untuk Facebook.
Merujuk kepada jadual, syarikat telekomunikasi menawarkan plan yang mesra pelanggan apabila melihat kepada blok panggilan yang bukan lagi berdasarkan kepada ‘per minit’ sebagaimana sebelumnya.
Sebagai contoh, Celcom telah memanjangkan blok panggilannya kepada 5 minit dan 10 minit untuk panggilan luar dan dalam rangkaiannya. Maxis masih mengekalkan blok per minit, cuma kadarnya adalah bergantung kepada jumlah baki minima di dalam akaun (jika baki kredit lebih RM10 pada satu-satu masa, maka kadarnya adalah lebih murah). U Mobile pula mengekalkan blok 30 saat.
DiGi pula kelihatan seperti sedikit mengelirukan – blok panggilannya dipecahkan kepada tiga iaitu enam saat pertama; 2 minit seterusnya; dan minit selepas 2 minit sebelumnya (?). Ini bermaksud (berdasarkan pemahaman saya), panggilan berdurasi 5 saat kosnya adalah 6 sen, jika 1 minit 30 saat adalah 26 sen, dan jika tiga minit menjadi 46 sen.
Menyentuh berkenaan kadar panggilan video, keempat-empat syarikat telekomunikasi menawarkan kadar yang hampir identikal, kecuali U Mobile yang mengenakan kadar 60 sen seminit untuk panggilan video di luar rangkaian; kadar yang mungkin agak tinggi.
Perbezaan pada blok panggilan ini mungkin merupakan strategi syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan impak penurunan keuntungan daripada panggilan suara dan untuk menggalakkan para pengguna bercakap lebih banyak atau lebih lama.
Untuk kadar SMS, Celcom menawarkan kadar terendah untuk SMS ke rangkaian yang sama (1 sen) dan untuk SMS ke luar rangkaian, Maxis adalah merupakan yang tertinggi berbanding yang lain (10 sen).
Kadar untuk khidmat pesanan multimedia (MMS) pula memperlihatkan kadar purata sebanyak 25 sen kecuali Maxis yang mengenakan kadar 50 sen untuk MMS ke rangkaian lain.
Kesimpulannya. Celcom X2 adalah yang terbaik yang pernah ditawarkan kepada pelanggan setianya. Kekecewaan pelanggan setia Celcom terhadap plan X24 ini semakin bertambah setelah mereka mula menyedari kekurangan plan terbaru ini.Inilah peluang terbaik telco lain untuk merampas pelanggan setia Celcom dengan pakej plan yang lebih menarik.Sesuai dengan tema Celcom Xpax "masa untuk berubah".
Carian Dalam Blog
|
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Dalam keseronokan mendengar lagu di radio dalam kereta...terdetik di hati admin nak tahu siapakah...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kereta, umpama rumah kedua anda, umpama kawasan peribadi dan ruang luahan perasaan anda. Kereta buk...
-
Jika anda terpaksa berulang alik ke tempat kerja pada jarak yang jauh dalam lingkungan 100km -150 km sudah pasti kereta menjadi pili...
-
Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Meloyakan bila mendengarnya bukan? Tetapi pernahkah anda membeli? Belum tentu anda mahu memakannya....
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
kedah lelaki baru dua hari kahwin ditemui tidak be...
welcome to the age of autonomy how ai is quietly t...
tiba tiba semua orang nak kurus rahsia menjadi sih...
police to seek remand extension for namewee over d...
delicious recipe beef marinade tenderizer
high salary job ads abroad may be drug trafficking...
4 cara unlock jaringan hp samsung dari luar negeri...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.


No comments:
Post a Comment