Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Umpan Terbaik untuk Kaki Pancing

Tidak ramai sanggup menunggu berjam lamanya semata-mata untuk mendapat­kan ikan. Malah, ada yang merasakan ia kegiatan yang membuang masa. Kaum wanita khususnya beranggapan lebih baik ke pasar saja untuk mendapatkan jenis ikan diingini daripada duduk berteleku menanti umpan yang dilemparkan disentap ikan.
Tetapi bagi kaki pancing, ada satu kepuasan yang sukar dijelaskan khususnya saat umpan diragut dan ‘bertarung’ menaikkan ikan yang berjaya sangkut di mata kail mereka.

Tidak dinafikan memancing adalah hobi yang memerlukan belanja tinggi tetapi ia mampu menghasilkan pulangan lumayan kepada kaki pancing terutama kumpulan yang gemar memasuki pertandingan.Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada kail untuk memikat atau menangkap ikan. Tidak ada masa atau penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan. Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu.

1. Belalang


 Satu lagi umpan semulajadi yang akrab dengan padang pancing di kampung-kampung terutamanya
kawasan bendang. Lokasi terbaik ingin mencarinya adalah di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut. Umpan ini juga dianggap salah satu ‘set lengkap’ pembelajaran pemancing kanak-kanak sebelum dia menginjak alam dewasa.

Ikan target: Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.

2. Biji Kelapa Sawit

Umpan yang sinonim untuk pancingan kelah bersaiz besar. Paling terbaik, cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak  atau sawit yang direndam 4-5 hari  sehingga mengeluarkan aroma bau tengik. Tetapi bukan mudah senang untuk menewaskan  kelah, kerana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada datu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi, selain memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran.


Ikan target: Kelah.
Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan
pada bahagian ‘buntut’ sawit.
Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.

3. Gewang

Umpan tiruan paling popular masa kini. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis, hard lure & soft lure. Manakala  yang lain untuk laut adalah jig. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik,lipan dan juga item yang akan memperdayakan ikan seperti spoon, kekipas. Sepasang mata kail atau tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau terlindung adalah senjata untuk mengenakannya. Bentuk yang lain seperti popper pula, digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan menerusi bunyi, kocakan air yang dihasilkan, mengejutkan dan juga menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya. Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia
juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan.

4. Katak

Umpan terbaik cara tradisional untuk menangkap spesies kepala ular. Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.
Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.


5. Udang

Umpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan, khususnya sungai pergunungan dan juga tasik. Cuma mata kail perlu di cangkuk
dengan betul, kerana udang mudah mati dan mudah hancur digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal. 
Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing .
pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai.


6. Cengkerik

Umpan ini lebih kurang sama sahaja seperti umpan belalang. Bezanya ia begitu mudah diperolehi di
kedai-kedai akuarium dan murah sahaja harganya. 
Ikan target: Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau.



7.  Cacing

Dianggap umpan paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan yang mendiami kawasan sawah
padi, sungai seperti puyu, keli, haruan, tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing digunakan sebagai umpan.
Ikan target: Hampir semua jenis ikan Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau
banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bilabila masa.
Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca