Adakah anda semua mengalami masalah uban di usia muda?
Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian kulit rambut kepala. Di bawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin.
Melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi.
Terdapat punca-punca yang menyebabkan terjadinya uban iaitu:
1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.
2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.
3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.
Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:
1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.
2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.
3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.
Semoga bermanfaat
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Daun Rerama yang kini semakin popular dipercayai mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER atau BARAH serta sakit-sakit ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment