Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kereta anda memerlukan alat Penstabil Voltan (Voltage Stabilizer) untuk menjimatkan kos petrol?

Kenaikan harga minyak RON95 baru-baru ini cukup meresahkan rakyat Malaysia kerana impak kenaikan ini akan memberi kesan kepada harga barangan. Setiap kali harga minyak naik dan pada masa yang sama harga barangan termasuklah harga makanan dan minuma akan naik dan ia tidak turun harganya walaupun harga minyak telah turun. Inilah yang membimbangkan rakyat sebenarnya.

Namun bagi mereka yang berulang alik ke tempat kerja pada jarak yang agak jauh dengan menaiki kenderaan seperti kereta sudah tentu  budjet kos perbelanjaan minyak bulanan mereka. Bagi mereka yang mencari tips untuk menjimatkan petrol yang murah adalah dengan menggunkan alat penstabil voltan yang terdapat di pasaran seperti I-Charge, Moto TSXII,  Zapgold, Mega Fuel Saver, Ecostorm dan sebagainya. Dari segi harga produk dinyatakan adalah dalam ratusan ringgit.

Alat ini dikatakan boleh menjimatkan petrol, memudahkan enjin dihidupkan, meningkatkan kuasa pecutan (tork) dan memanjangkan jangka hayat bateri. Walaupun hakikatnya bila digoogle mendapti kos penghasilan alat ini sebenarnya jauh lebih murah. Mungkin kerana faktor pengesahan SIRIM dan warantty juga menyebabkan harga produk ini agak mahal.

Bagaimana alat penstabil voltan berfungsi ?

Bekalan elektrik dalam kereta adalah 12V. Dalam keadaan biasa selepas enjin dihidupkan, alternator biasanya membekalkan bekalan elektrik dalam lingkungan 14V. Walaubagaimanapun,  nilai voltan ini semakin menurun apabila lampu, radio dan penghawa dingin dihidupkan sehingga ia kurang dari 12V.

Ini akan menyebabkan palam pancucuh (spark plug) kurang menghasilkan percikan api, lampu menjadi malap, radio tidak bertenaga dan bateri tidak dicas dengan sempurna. Tambahan pula, semua kenderaan baru kini menggunakan ECU (Engine Control Unit) yang mengawal kadar suntikan bahan api ke dalam enjin. ECU ini  tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.

Alat penstabil voltan untuk kereta akan menstabilkan voltan pada 14V (bergantung kepada outputalternator kereta). Apabila voltan telah stabil tanpa mengalami kejatuhan, kenderaan anda akan beroperasi pada tahap optimum. ECU akan berfungsi dengan baik (kadar suntikan bahan api ke dalam enjin dapat dilakukan dengan tepat, menghasilkan kuasa pencutan dan penjimatan minyak) dan bateri dapat dicas dengan sempurna (ini akan memanjangkan jangka hayat bateri).

 Bagaimanakah alat Penstabil Voltan kereta (Voltage Stabilizer)boleh jimat penggunaan petrol?

Apabila voltan pada sesebuah kenderaan telah stabil, maka peranti elektronik yang menggunakan voltan tidak perlu berkerja keras untuk bertugas secara minima mahupun maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan kawalan minyak ialah injection dan computer box; jadi peranti ini dapat bekerja dengan baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, penggunaan bahan api akan lebih efeksyen dan sekaligus jimat minyak. Bagaimana pun, cara pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya juga berbeza untuk setiap kenderaan.


Kesimpulannya, Penstabil Voltan kereta adalah sebahagian daripada aksesori kereta dan moto sebenarnya. Sejauh mana keberkesann Alat Penstabil Voltan kereta ini  apabila kita mencubanya sendiri…kalau kita tidak mencubanya kita tidak akan mendapat kesan apa-apa. Cara pengujiaannya dan ukurannya ialah ujian dengan mata kasar pada meter minyak kereta anda, lihat dan alamilah penjimatannya. Inilah cara yang paling mudah untuk mengesan keberkesanannya.




Kredit : azirock74.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca