Filem Langgar arahan Syed Hussein Syed
Mustafa (Sein Ruffedge) terbitan Tayangan Unggul ditayangkan dipawangan
mulai 11 April, 2013. Langgar dibarisi pelakon hebat seperti Adi Putra, Nam Ron, Hans Isaac, Khir Rahman, Natasha Hudson dan ramai lagi. Filem arahan pertamanya mampu mengutip RM1.5 dalam tempoh seminggu tayangannya.
Sinopisis filem Langgar bermula apabila Nizam (Adi Putra) yang ingin membalas dendam
apabila isterinya Aina (Nadia Heng) serta anak di dalam kandungannya
dibunuh secara kejam oleh sekumpulan gangster kerana kegagalan Aina
membayar hutang yang dibuat oleh bapanya.
Nizam yang menghadapi trauma selama hampir dua tahun kembali untuk
menuntut bela di atas kematian mereka. Hutang darah perlu dibalas dengan
darah.
Misi pertama beliau adalah untuk memasuki salah satu kumpulan gangster
dengan bantuan rakan baiknya Khairul (Bell Ngasri) dan diperkenalkan
dengan geng Radzi (Nam Ron). Sebelum boleh memasuki kumpulan tersebut
secara rasminya, Nizam harus berhadapan dengan orang kanan Radzi iaitu
Loy (Zul Huzaimy).
Pengarah Filem Langgar |
Tugasan pertama Nizam adalah untuk mengutip hutang-hutang lama yang
gagal diselesaikan. Hasrat Nizam untuk membalas dendam dipermudahkan
apabila Radzi masih mempunyai urusan dengan Jimi (Hans Isaac) yang
menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan juga Mail Parking (Khir
Rahman) yang dahulunya seangkatan dengan Jimi dan Radzi tetapi membuat
kacau apabila Radzi dinaikkan pangkat.
Walaupun mereka berpecah belah, tetapi mereka tetap di dalam kumpulan
gengster yang sama yang diketuai oleh Mr. King (Daniel Wong) dan
penasihatnya iaitu Uncle Yew (Collan Koo). Nizam sengaja membuat mereka
bermusuh sesama sendiri dan menimbulkan kekecohan.
Berjayakah nizam membalas dendam? Puaskah Nizam setelah dendam terbalas?
Ikuti cerita seterusnya dengan menonton Filem Langgar.
No comments:
Post a Comment