Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Walaupun kita dah makan sumber
semulajadi vitamin C seperti betik dan buah oren, cukupkah? Kita sebenarnya
perlu makan buah 4-5 hidangan buah dalam sehari. Badan kita memerlukan sekitar
90-2000mg sehari walaupun USRDA menyatakan sekitar 75-90mg. Ini kerana
keperluan akan meningkat apabila dalam keadaan stress dan sakit.
Tambahan pula,
vitamin C tidak dapat kekal lama dalam badan dan mudah terhapus disebabkan pencemaran.
Perokok yang merokok sekotak rokok telah menghapuskan 500mg Vitamin C. Tekanan stress akan turut menghapuskan vitamin C dalam badan. Malah proses penyediaan seperti
pemotongan buah,sayur yang terdedah lama akan menghilangkan vitamin C akibat
pengoksidaan.
Sebenarnya, apa tugas Vitamin C dalam
badan?
- Sebagai Anti Oksidan yang penting.
- Pemulihan luka dan melecur.
- Pembinaan colagen dalam badan.
- Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
- Membantu penghasilan hormon.
- Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.
- Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
- Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
- Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
- Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
- Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
- Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
- Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.
Vitamin C mengambil masa 2-3 jam
sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut,
kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus
melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya
selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan
berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.
Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, Vitamin C merupakan vitamin yang digunakan ketika berada dalam keadaan stress. Oleh itu, apabila seseorang berada dalam keadaan stress, ia akan digunakan lebih banyak dan ia akan habis lebih cepat. Manusia, beruk dan guinea pigs adalah antara makhluk yang tidak menghasilkan Vitamin C nya sendiri, oleh itu, kita perlu mengambil Vitamin C melalui pemakanan sehari-hari. Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari.
Kadar penyerapan Vitamin C akan berkurangan bagi individu yang merokok, tertekan, demam panas, menggunakan antibiotik, terhidu DDT atau wap dari petrol dan dengan pengambilan aspirin atau ubat tahan sakit. Pengambilan air baking soda bagi individu yang mengalami masalah pencernaan akan menyebabkan medium dalam perut menjadi beralkali, yang mana akan memusnahkan Vitamin C.

Berapa banyak
Vitamin C yang diperlukan oleh seseorang setiap hari
Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari.
Terdapat banyak pendapat mengenai
jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari.
Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan
oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi
dan juga umur. Tekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan,
pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang
bertambah.
Vitamin C biasanya tidak memberikan simptom keracunan apabila diambil pada jumlah yang banyak kerana tubuh kita akan menghapuskan vitamin c yang tidak digunakan melalui air kencing atau peluh. Bagaimana pun, terdapat juga kesan sampingan pada sesetengah individu sekiranya diambil pada dos yang tinggi pada satu-satu masa. Antara simptom yang dialami adalah seperti rasa pedih ketika kencing, berak cirit, kentut dan/atau ruam pada kulit. Apabila salah satu simptom ini berlaku, seseorang itu perlu mengurangkan dos yang diambil. Bagi penyerapan yang lebih baik, Vitamin C perlu diambil selepas makan.
Terdapat juga kes individu yang mempunyai penyakit genetik luarbiasa yang mengalami pembentukan batu karang apabila Vitamin C dalam jumlah yang besar diambil. Individu ini perlu mengurangkan pengambilan Vitamin C mereka.

Jenis-jenis produk Vitamin C di pasaran?
1. Vitamin C biasa
Vitamin C jenis ini perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh.Harga vitamin C biasalah adalah murah dalam lingkungan RM 10-20 sahaja.
2. Vitamin C dalam bentuk sustained release/
Vitamin C
didatangkan dalam bentuk sustained
release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan supaya
vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin C
adalah vitamin larut air, ia mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama
dalam badan. Kebiasaanya harga agak mahal berbanding vitamin c biasa.
No comments:
Post a Comment