Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk
menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di
sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari
memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.
Tidak selalu orang menangis dengan mengeluarkan air mata namun air mata amat
sinonim dengan kesedihan. Menitikkan air mata ternyata bukan hanya sekadar
sebagai ungkapan emosi dan perasaan. Tangisan sebagai petanda anda sedang
bahagia atau sedih.Seorang ahli psikologi seperti dipetik daripada halaman Times of India, 22 April 2012 mengesyorkan bahawa seorang harus menangis ketika mereka merasa ingin menangis. Janganlah anda menahan air mata itu daripada keluar kerana menangis ada manfaatnya untuk anda.
Berikut adalah manfaat-manafaat menangis untuk kesihatan kita :-
Menangis
boleh membersihkan mata
Alasan yang paling penting, mengapa menangis itu perlu. Air mata yang keluar semasa menangis boleh membuat mata lebih segar. Air mata melumasi bola mata dan kelopak mata dan juga mencegah dehidrasi pada membran mukosa.

Air mata memperbaiki suasana hati
Perkara ini diyakini bahawa menangis dapat menurunkan tingkat emosi seseorang. Air mata yang tidak dikeluarkan justeru boleh menimbulkan kecemasan, kegelisahan, lekas marah, keletihan, pencerobohan, gangguan emosional, dan seluruh perasaan yang hidup dalam diri anda.

Air mata membunuh bakteria
Air mata bekerja sebagai agen anti-bakteria dan anti-virus, melawan kuman. Apatah lagi ketika anda sedang berada di pusat membeli-belah dan tempat-tempat yang menjadi sarang kuman. Air mata mengandungi Lisozim, cecair, yang dapat membunuh 90 hingga 95 peratus dari semua bakteria hanya dalam 5-10 minit.

Air mata mengurangkan Stress
Sama seperti bersenam, air mata boleh membantu meringankan stress. Air mata
membantu menghilangkan beberapa bahan kimia yang dibina dalam tubuh akibat
stres, seperti enkephalin leusin dan prolaktin. Air mata boleh menekan
peringkat stres, dan seperti diketahui jika stres lama bersarang dalam diri
seseorang, boleh menyumbang memperparah penyakit seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Air mata membebaskan perasaan
Menangis bagi kaum wanita bolehlah disifatkan bagaikan terapi bagi mereka,
boleh menurunkan kecemasan dan kecewa. Menangis boleh membersihkan semua
fikiran anda dan dianggap sangat sihat juga mampu mencipta perasaan lebih
santai. Jadi, biarkan perasaan sedih dan tertekan diluahkan dengan tangisan.
Moralnya kalau nak menangis biarlah kena pada tempatnya :(
Wa'allahhualam.
Moralnya kalau nak menangis biarlah kena pada tempatnya :(
Wa'allahhualam.
I have been using Kaspersky protection for a couple of years now, I'd recommend this antivirus to all of you.
ReplyDelete