Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Perbezaaan Antara Handphone Original Dengan Handphone AP Set

Salam sejahtera,


Bercerita tentang handphone kini,masih ramai yang keliru dengan perbezaan di antara AP set dan Original set.
Justeru, saya akan tulis di sini perbezaan ori set dan ap set berdasarkan pengetahuan saya yang saya google dari internet dan juga bertanya dengan penjual handphone.




Handphone AP set (authorized product)
Ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah. Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.


Oleh itu, kalau jikalau pembeli membeli handphone AP set di Green Town Mall Ipoh misalnya, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Green Town Mall Ipoh  walaupun mereka telah berpindah ke Kedah. Inilah salah satu keburukan beli handphone jenis AP Set.


Harga AP set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% . Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288 zithron ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya. Namun begitu, set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar.


Dari segi warranty,  AP set menawarkan warranty selama 15 bulan untuk transceiver (mcm motherboard la) dan 12 bulan untuk LCD. Hanya 1 bulan warranty sahaja diberikan untuk battery dan charger. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.



Original set
Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.



* Pengedar rasmi Nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
* Pengedar rasmi Sony Ericsson adalah T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus.
* First Mobile Group (FMG) adalah pengedar utama telefon bimbit Samsung.
* Pengedar rasmi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
* Pengedar rasmi Siemens adalah Zitron dan FMG.
* Pengedar rasmi Panasonic adalah Zitron.
* Pengedar rasmi LG’s adalah Zitron.

Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 tahun termasuk trasceiver, LCD dan battery. Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu.



Recon Set (atau recondition) 
Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan harga yang lebih murah. Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah dari kebiasaan.Kebiasaannya mudah kita nak tahu Recond atau tidak ianya lebih kepada model handphone lama-lama contohnya dari tahun 2007.Masih ada dijual baru.Mesti pelik bukan.So awas jangan terjebak tektik penjual yang mengatakan stok baru dari kilang.


Underwater set 
Underwater set ini adalah set yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui pasaran gelap. Waranty pun beberapa bulan yang diberi oleh kedai si penjual.Sekarang ini sudah jarang dengar handphone underwater kerana pihak KASTAM sudah tingkatkan penguatkuasaan dan serbuan.

Kesimpuannya, dalam membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget sedikit lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan handphone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang handphone maka Original set menjadi pilihan utama anda.


Mengenal pasti Original dan AP Set
1. Keluarkan bateri telefon
2. Set original mempunyai pelekat rasmi syarikat. (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland & etc)
3. Set AP pula mempunyai pelekat syarikat seperti Final Choice, CSL dan lain-lain
4. Tekan *#06# untuk memeriksa 15 digit nombor siri (IMEI)
5. Bandingkan dengan IMEI yang ada ditempat letak bateri dan juga pelekat di kotak telefon.
6. Untuk set original, nombor siri adalah sama.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca