Adalah penting supaya disemak kod IMEI pada kotak supaya cetakannya sama dengan seperti pada belakang peranti. Ini untuk mengetahui status dan kredibiliti penjual dan supaya item yg dibeli adalah tulen. Walaubagaimanapun ini agak melecehkan kerana kadar pemalsuan jenama semakin serius dan sukar dibezakan. Oleh itu sebuah kumpulan GSM telah menyediakan database secara online mendaftarkan setiap IMEI untuk mengenalpasti adakah IMEI itu wujud & mengesahkan ketulenan.
Bagaimana nak semak sama ada handphone anda ori atau AP set.Bagaimana nak tahu Label Serial Nombor?Anda tengok dekat sticker hologram di kotak handphone anda atau buka bateri dan lihat belakangphone.
1. Masuk ke website http://ecomm.sirim.my/SirimEnquiry/search_Label.aspx
2. Masukkan Label Serial No. telefon pintar anda dan tekan Search.
jika maklumat yang terpapar sama dengan telefon bermakna telefon anda ori.
atau
3. Pilih IMEI Serial No. telefon pintar anda dan tekan Search
Sekiranya hasil carian ada maklumat berkaitan IMEI handphone bermakna handphone anda adalah original.
Sekian.
No comments:
Post a Comment