ongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap gaji
minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Penjawat Awam
dijadual Rabu ini.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana kenaikan gaji itu dari
RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk
menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji mereka. Mereka
harap Najib akan umumkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam
menyambut Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi,"
katanya di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat
awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa
rumah agak tinggi pada masa ini.
Katanya ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180
sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Penjawat Awam dijadual Rabu ini. Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana kenaikan gaji itu dari RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji dan turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini kerana ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180 sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Perdana Menteri, DS Najib hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan Hari Raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.Pengumuman dibuat melalui Rancangan Khas di RTM1 sebentar tadi.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 25 Jun ini.Selain itu, elaun rumah turut diselaraskan menjadi RM 300 sebulan.
memang seronok dapat bantuan khas tapi kena ingat gaji bulan ogos lambat
ReplyDelete