Serba sedikit nak berkongsi tentang masalah kereta admin iaitu Wira. Baru-baru ini admin cuai sikit ketika memandu di mana tayar kereta admin sebelah kiri langgar/jatuh dalam tebing jalan menyebabkan berlaku kerosakan bahagian dalam dekat tayar dikenali daun pisang.
Jadi tempat tu dah jadi lopong sebab telah pecah dan tertanggal. Banyak hari jugalah admin bawak kereta tanpa daun pisang dalam keadaan hujan. Melihatkan keadaan hujan lebat sehari dua ini admin risau juga kalau berlaku apa apa kejadian yang tak diingini tambahan pula admin bukan arif sangat tentang kereta.Admin pun carilah bengkel Melayu di Gerik dengan penuh harapan bahawa harga berpatutan dikenakan (tak cekik darah).Sokong perniagaan orang Melayu beb.Huhuhuhuhu...
Rasa berdebar debar jugalah nak baiki sebab hari kedua pelaksanaan GST. Dalam hati ada rasa akan robek duit poket ni bila ganti benda ini. Sebenarnya admin tak tahu komponen nama spare part yang nak diganti.Admin hanya bagitau mekanik Melayu tuh masalah yang dihadapi dan dia cakap dalam RM 75.Perghhh.... barang ciput dan nipis macam tu sampai RM 75 harga seunit keluh dalam hati admin. Mau tak mau kena ganti.Takkan nak biar jadi lopong macam tuh aje.
Gantian spare part sudah siap diganti.Mekanik ada bagitau yang absober admin dan bocor.Alamak...kena ganti absober pulak selepas ini..adoiii . So berjalanlah admin ke kaunter bayaran dengan senyuman. Casheir print resit total RM 85.00 + GST RM 5.10 = RM 90.10. Cashier Melayu tuh cakap GST tak payah bayar sbb kami kami serapkan kos GST ke atas kami. Perghhh..baguih punya kedai...teringat kisah tokey Mydin..."GST 6% kami bayar". Kira baguslah kalau macam tuh.
Bengkel Melayu kata akan serap kos GST !!! |
Agak-agak murah ka selepas harga barangan pelaksanaan GST ini. Cer cite cer cite.
No comments:
Post a Comment