Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan ilmiah yang berguna untuk semua.

Friday, February 14, 2014

Tips berguna cara halau nyamuk bila ubat nyamuk habis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah mengalami ubat nyamuk di rumah sudah habis? Anda terlupa beli ubat nyamuk dan kedai sudah tutup waktu malam? Anda tidak boleh tidur kerana nyamuk asyik mengacau anda ataupun anda tengah berada di dalam hutan aktiviti berkhemah tetapi tertinggal ubat nyamuk?
Secara umumnya nyamuk merupakan serangga penghisap darah yang berbahaya dan sering mengganggu manusia mahupun haiwan.

Selain gigitannya mampu menyebarkan penyakit, nyamuk juga membuat manusia susah tidur pada waktu malam.Nyamuk adalah salah satu serangga yang paling menjengkelkan dan sebagai penyebar beberapa penyakit berbahaya. Dianggarkan setiap tahun ada satu juta kematian manusia yang disebabkan oleh gigitan nyamuk

Tips Halau Nyamuk mengunakan alam semulajadi

1. 2 biji Limau
2. segenggam cengkih

Cara penyediaan :-

1. Potong dua limau tersebut.
2. Letakkan cengkih di atasnya dan letak di setiap penjuru katil



Insyaallah nyamuk tidak akan menyerang sehingga anda beli ubat nyamuk esok pagi.Hehehehe

No comments:

Post a Comment

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Pages

SoraTemplates

Best Free and Premium Blogger Templates Provider.

Buy This Template