Peringatan Kepada Yang Bercadang Berkelah di Air Terjun Sewaktu Musim Tengkujuh.
Assalamualaikum..
Musim cuti sekolah akan menjelma tidak lama lagi dan pada masa yang sama negara sedang mengalami musim tengkujuh. Mungkin ada di antara kita yang merancang untuk
membawa ahli keluarga kita sempena musim cuti sekolah untuk pergi berkunjung ke lata air terjun untuk berkelah dan
bermandi-manda.
Tetapi tahukah anda terdapat bahaya yang sedang menanti
anda di situ di mana ia mampu menukar kegembiraan anda berkelah menjadi
suatu tragedi?
Kalau diikutkan, bahaya memang akan ada di mana-mana tetapi kita selaku
manusia seharusnya mengambil iktibar dari pelbagai cerita yang berlaku
sebelum ini. Sebagai contoh, kepala air adalah satu fenomena peningkatan
kuantiti air pada lata @ air terjun yang menyebabkan pengaliran air
deras yang akhirnya boleh membawa maut. Kepala air ini bermula akibat
takungan air dah aktiviti hujan di hulu sungai.
Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Apa yang menjadi
bahayanya, ia akan membawa bersama apa sahaja bersamanya. Rempuhan air
ini lazimnya boleh membawa maut. Apa tidaknya, dengan kayu balak,
ranting kayu, kelodak dan apa sahaja, semuanya terkumpul sekali.
Sebagai contoh kejadian fenomena
kepala air yang telah berlaku di sebuah pusat peranginan terkenal Mag-Aso, di Kepulauan Bohol, Filipina. Gambar ini dikatakan dirakamkan pada 30 Jun
2009.
|
Suasana indah dan nyaman yang biasa dilihat tempat air terjun |
| |
Tempat tumpuan ramai para pengunjung |
|
kelibat 2 pemuda sedang mandi manda di air terjun |
|
Secara tiba-tiba berlaku perubahan mendadak pada arus sungai tadi yang
telah berubah menjadi deras dan laju. Anak panah menunjukkan lokasi
kedua-dua pemuda tadi yang masih berada di situ. |
|
|
Ketika ini kelibat kedua-dua pemuda tadi telah hilang dari pandangan |
|
Paris air telah menenggelamkan pemuda-pemuda tersebut |
* Difahamkan kedua-dua pemuda di awal tadi telah hanyut dibawa arus dan mayat mereka dijumpai 5 kilometer hilir dari lokasi ini.*
No comments:
Post a Comment