Salam semua,
Kenapa la aku lamabat sangat dapat maklumat pasal pakej bari celcom X2 nih.Kalo tau awal-awal dah lama tukar pelan pasti jimat duit poket aku. Untuk pengetahuan korang semua, Pelan Baru Celcom iaitu New Xpax X2 Plan Celcom.Aku bukan wakil Celcom, mahupun sales executive Celcom.
Percaya atau tidak, pelan baru New Xpax X2 Celcom ini mampu memberikan anda penjimatan hingga 92%! Ya, percayalah kerana ianya telah terbukti dan anda boleh lihat sendiri betapa pelan X2 Celcom ini satu pelan yang sukar dicari ganti dan jauh lebih hebat dari pencabarnya sama ada kuning mahupun merah.
Tahniah kepada Celcom kerana memberikan satu pelan yang baik dan murah kepada pengguna-penggunanya seperti aku.Hehehehehe.... Aku cerita serba sedikit pasal plan celcom ini..okeyPengenalan Pelan Baru Xpax (X2)
Pelan baru Xpax (X2) ini adalah pelan prabayar terbaru yang memperkenalkan kadar caj terbaik untuk panggilan suara, video dan juga SMS. X2 adalah peneraju pelan prabayar yang menawarkan rangkaian sosial bergerak melalui Kolony T.
Pelan prabayar X2 ini mulai efektif pada 8 April 2011 dan mulai tarikh ini, semua pelan permulaan Xpax yang berada dalam pasaran akan bermula dengan pelan X2. Pelan X2 boleh dibeli dan diaktifkan di kesemua cawangan Celcom, Blue Cube dan pengedar utama Celcom di seluruh Malaysia.
Celcom juga turut menunjukkan perbandingan kadar caj yang dikenakan oleh telco lain seperti Hotlink (Telco H) dan DiGi (Telco D). Kadar caj panggilan suara dan video ke rangkaian lain pada 28 sen untuk lima minit juga sangat murah jika dibandingkan dengan rangkaian lain.
So perbandingan dah dibuat dan korang semua boleh usha gambar di atas. Berbaloi ke tak kalau tukar plan..Tepuk dada tanya poket seluar...hehehehehe. Bagi korang yang berniat nak berpindah telco sebab tawaran yang menarik dalam pelan baru X2 ni, anda boleh berpindah ke Celcom tanpa perlu menukar nombor melalui MNP (Mobile Portability Number) yang boleh dilakukan di seluruh cawangan Celcom dan Blue Cube di seluruh Malaysia.Bagi pengguna pelan Xpax biasa, adalah berbaloi untuk berpindah ke pelan Xpax baru kerana kelebihan lebih berpihak kepada pengguna (terutama daripada segi kadar caj panggilan dan SMS). Namun, kadar caj rendah yang dikenakan untuk 8pax dan 15pax sudah tidak sah lagi dalam pelan X2 dan terhapus dengan sendiri.
Cara Daftar atau tukar Plan lama ke Plan baru New Xpax X2 Celcom
1. Taip MIG X22. Send ke 28882
3. RM5 akan dikenakan sebagai service charge.
Update : Setelah menggunakan Plan terbaru nie ternyata ada sedikit kerugian...apabila kita mendail nombor pemanggil tetapi tidak diangkat.28 sen akan ditolak...So peringatan kepada anda di luar sana jangan telefon banyak kali walaupun nompor yang didail x angkat...rugi nanti.
No comments:
Post a Comment