Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Pengalaman melancong naik ETS Kuala Kangsar ke Langkawi Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Maaf agak terlambat sedikit sambungan pasal post  pengalaman admin melancong naik ETS Kuala Kangsar ke Langkawi disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.Yang pastinya kenangan di Langkawi sesuatu yang terindah sekali. Jom kita sambung bahagian part 2.


Trip ke Langkawi ini melibatkan 16 orang kakitangan opis admin yang melibatkan Pakej Langkawi 2 hari 1 malam.Trip ini yang terdiri 3 lelaki,12 perempuan dan 1 bayi.Member-member admin 14 orang bertolak dari Perak pada jam 1 pagi pada 8.3.2017 dengan menaiki van sewa dan sebuah Hilux manakala seorang lagi member admin iaitu Fairuz namanya bertolak dari Penang pada jam 3.30 pagi dan admin sendiri sudah berada di Alor Setar pada  di rumah keluarga admin sejak 7.3.2017 lagi.
 

Pada 8.3.2017 jam 5.00 pagi admin bergerak keluar dari rumah dan menumpang kereta  Fairuz dari Penang untuk bergerak ke jeti Kuala Perlis.jam 6.00 pagi kami sudah berada di masjid terapung di Kuala Perlis untuk solat subuh.Dimaklumkan member-member admin yang dari Perak sudah pun sampai di Kuala Perlis jam 4.00 pagi lagi.Selepas solat subuh kami terus cari parking berbumbung dengan bayaran sehari RM 30 bagi 2 hari.Selepas itu kami bersiap-siap untuk berhimpun di jeti kerana tiket feri ke Langkawi pada jam 7.00 pagi.
 
Posing di Jeti Kuala Perlis

 
gambar candid dalam feri


Posing dalam feri


Tak sangka begitu ramai pengunjung menaiki feri jam 7 pagi ke Langkawi pada hari cuti biasa.Dalam feri ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan. Feri bergerak dalam 7.30 pagi dan membelah lautan selama 1 jam dan akhirnya sampai di jeti langkawi pada jam 8.30 pagi.

Gambar sebaik sampai di jeti Langkawi
Posing sambil berjalan ke tempat menunggu kereta sewa

Kami mula bergerak untuk mendapatkan van sewa yang telah lama ditempah.
Untuk makluman semua,kami sewa van Urban dan sebuah Viva dengan bayaran RM 300 dari jam 9 pagi 8.3.2017 sehingga jam 3.00 petang 9.3.2017.Murah ke tak? itu tak pasti tetapi ianya menepati dengan budjet awal kami untuk kso pengankutan di Langkawi. Jadi taukey sewa kenderaan datang bawa admin dan member admin iaitu Fairuz ke tempat perniagaannya bagi mengambil kenderaan.Mula booking kenderaan kena bayar RM 50 dan baki bayaran sewa dijelaskan semasa mengambil kenderaan di samping cagaran sebanyak RM 150 dikenakan.Admin diberi mandat bawa Viva auto sedangkan sebelum ni tak pernah bawa auto pun.Terkial-kial macam orang tengah belajar lesen L pun ada.Hahahaha...

 
Keadaan penumpang van urban


Penumpang Viva

Aktiviti pertama di Langkawi adalah sarapan pagi.kami semua makan pagi di gerai tepi jalan saja.Admin sarapan roti canai kahwin dan segelas teh tarik manakala member-member yang lain ada makan berat terus nasi berlauk.So modal admin makan pagi di Langkawi adalah RM 3.50.

Aktiviti seterusnya adalah Mangrove. aktiviti merupakan salah satu aktiviti menaiki bot yang menyeronokkan di Pulau Langkawi kerana aktiviti ini akan membawa anda untuk melihat pemandangan yang menarik yang terhasil daripada berjuta-juta tahun dahulu. selain itu anda dapat melihat serta menyentuh kehidupan laut seperti ikan pari, tapak sulaiman, belangkas serta melihat habitat kelawar dan melihat  helang sungai yang menjadi ikon di Langkawi. Untuk aktiviti Mangrove,admin dapat harga RM 250 bagi 2 buah bot selama 1 jam.memang berbaloi aktiviti ini.Selesai aktiviti Mangrove dalam jam 11.30 pagi.

Sangkar Ikan

Posing di Sangkar ikan

Keadaan dalam bot Mangrove
Peluang membelai ikan pari


Helang menerkam ayam KFC yang dilempar oleh abang bot

Posing di Gua Kelawar
Cenderahati Mangrove bole didapati selepas selesai lawatan

Aktiviti seterusnya yang ditunggu adalah cable car.Perjalanan mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai ke Cable Car.Yang menghampakan adalah perkhidmatan cable car ditutup sehingga dari 1 April hingga 11.4.2017 kerana aktiviti penyelenggaraan.So admin dan member-member yang lain pilih pakej RM 25 untuk melawat 3D Art langkawi,4D cinemotion,Skyrex dan Skydome.



Kami menghabiskan masa 3-4 jam untuk melawat ke semua 4 tempat itu.Fuh..rasa letih,lapar dan dahaga sepanjang lawatan pakej combo ini.Paling best rsanya 3D Art Langkawi.Sesuai untuk gambar kenangan bersama di Langkawi.Berikut adalah gambar sekitar kawasan cable car.


Kawasan Area Cable Car
3D Art Langkawi

3D Art Langkawi
3D Art Langkawi

3D Art Langkawi

Menunggu giliran di Skydome

Bab makan tengahari,admin ada pengalaman buruk sikit.Admin dan member yang makan di foodcourt  dalam kawasan cable car berdekatan Subways.Di situ kami order nasi goreng ayam yang jelas nasinya lembik seolah macam nak basi dan ayam goreng lama.kami buat aduan dengan tuan kedai namun jawapan tidak memberangsangkan.Untuk elak sakit perut,kami ambil terus bayar harga nasi goreng tanpa makan. Kami dah rugi dekat RM 8 seorang.So kami ambil keputusan makan di Subways sahaja bg alas perut yang memang dah lapar.


Dalam 4.30 petang kami beredar dari cable car menuju ke pantai chenang untuk makan laksa power. Kalau datang ke Langkawi, jangan lupa singgah makan di beberapa gerai bergerak / lori yang terletak di tepi Airport Langkawi. Antaranya Laksa Power dan Laksa Kaw Ikan Sekoq.Kami makan di gerai Laksa Power. Admin pilih gerai Laksa Power ni sebab tempat parking agak luas ( terletak di hujung sekali).






Jam menunjukan 5.40 petang, semua kelihatan  kekenyangan makan laksa power dan keletihan memang jelas nampak di mawajah masing-masing maka kami bergerak ke motel untuk rehatkan diri dan solat sebelum keluar pada jam 8.00 untuk makan malam.Untuk penginapan admin ambil 3 bilik 2 katil kelamin ( RM 90 x 3) dan 2 bilik 1 katil kelamin (RM 60 x 2) berjumlah RM 390 bagi tidur semalaman.Keadaan motel bersih dan kemudahan yang disediakan adalah memuaskan.





parking kereta yang luas di motel ini

keadaan bilik family 2 katil queen

Bilik standart untuk admin dan Fairuz

Pada jam 8.00 malam,kami semua bersiap-siap untuk ronda-ronda malam dan antara target utama adalam idaman mahsuri/HIG Kompleks dan makan malam.Namun keadaan malam hujan turun membataskan pergerakkan kami. Kedai idaman mahsuri tutup operasi jam 8.00 malam maka kami terlepas untuk window shopping di situ dan sebaliknya kami ke HIG Kompleks untuk buat window shopping coklat (usha harga dulu).Selepas itu kami mencari makan malam di area pantai chenang.Kedai makan iaitu kedai makan selera simpang yang menyajikan makanan thai. 

Posing sementara tunggu makanan sampai

menu makan malam

kami buat suprise kat birthday boy

Aktiviti makan sampai licin

wajah-wajah kelaparan jelas kelihatan

Jam menunjukan 10.30 malam, selepas selesai makan malam dan bayaran yang dikenakan untuk kami semua makan 16 orang adalah RM 287.kami puas hati dengan makanan yang disajikan dan harga pun memuaskan. Keadaan masih hujan semasa kami meninggal kedai makan.Tiada aktiviti ronda-ronda yang dapat dilakukan bila hujan, jadi kami mengambil keputusan pulang ke motel untuk merehatkan badan yang keletihan pada siang harinya.

Esok hari terakhir di langkawi dan kami masih lagi belum puas meronda di Langkawi.Esok pagi seawal jam 8.00 pagi kami akan check out motel untuk sesi aktiviti seterusnya.Nantikan Pengalaman melancong naik ETS Kuala Kangsar ke Langkawi Part 3 (akhir). 

Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca