Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Akhirnya jumpa juga spirulina paling murah RM 35 untuk 300 biji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Anda pernah makan Spirulina ?
Spirulina adalah langkah pertama kita untukdapatkan  pemakanan yang seimbang dalam kehidupan harian kita..Ia juga merupakan makanan tambahan yang sesuai untuk mencapai kesihatan maksimum dan bertenaga. Ia mengandungi lebih 60 jenis nutrien termasuk 46 jenis nutrien penting dan ia juga 100% organic, 100% semula jadi dan 100% alkali. 


Pengalaman saya memakan Spirulina setiap hari, terbukti kecergasan dapat dirasai dalam badan setelah memakannya. Mungkin ramai sudah mengetahui tentang khasiat spirulina ini dan mungkin setengah baru nak mengenali apa itu spirulina dan apa kehebatan kepada badan kita.

 Kebaikan Spirulina
  • Menguatkan sistem ketahanan badan
Menggalakan penghasilan sel darah putih, antibodi dan cytokin untuk menguatkan sistem ketahanan badan terhadap jangkitan dan penyakit
  • Mengekalkan kesihatan dan kardiovaskular dan mengurangkan tahap kolesterol
Dibuktikan secara klinikal dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan tahap LDL ( kolesterol  mudarat) serta trigliserida dan meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) .Juga dapat mengurangkan pembentukan plak pada dinding  arteri.
  • Melancarkan fungsi penghadaman dan kesihatan gastro-usus
Penyelidikan telah mengesahkan bahawa spirulina dapat menggalakkan penghadaman dan melancarkan pengerakan usus besar. Ia juga dapat menindas mikroorganisma mudarat dan menggalakan penghasilan flora yang berfaedah.
  • Melindungi badan daripada masalah kurang darah
Kandungan zat besi dalam spirulina adalah bio-aktif dan mudah digunakan oleh badan . Sesuai untuk wanita datang haid atau ibu-ibu mengandung yang berisiko tinggi untuk mendapat anemia . Antara simptom-simptom anemia  adalah seperti sering keletihan atau kelesuan, wajah yang pucat dan tidak dapat menumpu perhatian.
  • Membantu mengawalatur berat badan
Dengan nutrisi unggul yang bertenaga tinggi serta kalori yang rendah, spirulina amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan tanpa mengalami keletihan dan lemah-lesu serta kekurangan nutrien . Spirulina diambil sebelum makan dapat menyekat selera makan dan rasa mengidam yang boleh menyebabkan terlebih makan. Ia juga dapat mengurangkan  kesembapan  akibat daripada pengumpulam sisa berasid dalam badan.
  • Menggalakkan kulit yang sihat berseri
membantu mengekalkan kulit yang sihat, rambut yang ikal-mayang dan kuku yang kuat serta  menyingkirkan toksin yang menyebabkan cela kulit dan masalah kulit lain. Juga dapat melindungi kulit daripada penuaan pramasa.
  • Menggalakkan proses detoksifikasi samulajadi pada badan
kandungan  klorofilnya dapat menyingkirkan toksin terkumpul dalam badan dan mengurangkan sakai kepala ,sengal-sengal badan,sakit sendi, nafas dan badan berbau.


Sepanjang admin makan spirulina ini, hanya 3 brand je yang pernah admin cuna.Yang pertama brand Elken dan pada pandangan admin harga dia agak mahal jadi agak sukar admin nak beli.So admin beralih kepada brand Cosway 120 biji dalam RM 22.Lama jugalah admin ambil brand Cisway ini sebab murah dan ada promosi tiap2 bulan.

Akan tetapi baru-baru ini admin jumpa yang lagi murah di Lazada iaitu brand Biolyn.Dengan 300 biji boleh dapat harga RM 35.Serius bagi admin murah.Hahaha...pasal apa admin ambil spirulina ? sebab makanan yang kita ambil setiap hari kebanyakkan berasid so lama kelamaan tidak sihat untuk badan.Jadi pengambilan spirulina akan mengimbangi kadar keasidan dalam badan kita dan memastikan badan sihat...insyaallah.Kita kena ikhtiar sebab  badan makin tua..hehehehe


Kesimpulannya,admin sarankan brand Biolyn Spirulina.Cara nak beli hanya di Lazada Malaysia.Semoga info ini membantu anda.Ok byeeee

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca