Entah bagaimana filem Train to Busan menjadi trending di media sosial.Admin tak sangka boleh terjebak sama untuk menonton filem ini.Filem ini admin download dari sumber internet dan menontonya bersama keluarga di rumah semalam.Yang agak mengecewakan adalah sarikata bahasa inggeris yang diperolehi tidak kemas dan sepenuhnya namun admin masih boleh memahami jalan cerita ini.
Filem ini berkisah pasal zombie.Awal cerita ini dilihat bagaiaman satu pasukan dari agensi kerajaan buat pembersihan mekanikal ke atas van yang kemudiannya secara tidak sengaja telah melanggar seekor rusa di atas jalanraya.Dari situ admin rasanya punca zombie untuk merebak kerana melihat rusa yang mati hidup kembali dengan matanya keputihan.Mungkin rusa itu telah mengigit manusia dan menyebakan virus zombie cepat merebak.
Sinopsis cerita ni pasal sepasang suami isteri yang telah berpisah dan si anak tinggal bersama ayahnya. Masa harijadi budak tu, dia ingin berjumpa maknya kat Busan. Si ayah dan si anak perempuannya serta penumpang train tidak menyedari semasa train tu hendak berlepas, ada sorang penumpang yang dijangkiti virus zombie terlepas masuk dalam train dan mula dari situ hampir semua dalam train kena gigit jadi zombie.
Mangsa pertama digigit zombie pramugari keretapi |
Bagi admin filem ni penuh dengan emosi sebab sepanjang cerita ada rasa sedih, gembira, takut dan geram. Tapi banyak sedih dari yang lelain tu. Ending cerita pun diluar jangka dan kesedihan membawa sampai ke minit terakhir film ni. Nasib baik filem ini sarikatanya tak complete kalau tak mau berjurai air mata admin menontonnya.Scene paling sedih admin rasa waktu si anak meraung dan menangis kerena terpaksa berpisah dengan ayahnya selamanya deminya menyelamatkan dirinya.
Dalam filem ini mengangkat banyak nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan budaya asia dan ketimuran. Filem ini mengangkat hubungan manusia antara anak dan ayah, suami dan isteri, kakak dan adik dan pasangan couple.
Tapi jalan cerita utama filem ini antara si ayah dan si anak.Tidak lupa juga watak jahat yang dalam filem ini yang digambarkan mementingkan diri semasa bencana itu berlaku dan akhirnya telah memisahkan si ayah dan si anak.
scene paling sedih |
Kesimpulannya,filem ini memang best walaupun bukan dari filem Hollywood namun jalan ceritanya bertaraf antarabangsa.Pastikan kalau nak tengok filem ini ada subttitle barulah kita lebih faham jalannya ceritanya. Admin bagi 4 bintang untuk filem ini.
No comments:
Post a Comment