Baru-baru ini admin bersama keluarga mertua telah berjaya melakukan satu aktiviti riadah 2 hari 1 malam di Teluk Senangin,Perak. Kami berkonvoi dari rumah pada jam 12.00 tengahri dengan sebuah kereta dan sebuah van menuju ke Teluk Senangin yang mengambil masa dalam 2 jam setengah untuk sampai ke chalet Teluk Senangin.
Dengan kekuatan anggota seramai 9 dewasa dan 6 kanak-kanak akhirnya telah berjaya menjejakkan kaki di chalet Sri Senangin ini kira-kira jam 3.00 petang. Sebaik sahaja kami sampai di sana,kami terus dapatkan kunci chalet dengan Miss Nana (kerani chalet) yang menantikan kehadiran kami.
Admin telah menempah chalet family suite berharga RM 250 semalam memandangkan hanya itu sahaja yang tinggal kerana chalet lain sudah full booking untuk family day company.Chalet yang admin booking nih boleh memuatkan seramai 12 orang.Chalet Family suite ini merupa sebuah bilik yang dilengkapi 2 katil kelamin dan 3 katil bujang yang disusun bersebelahan. Terdapat bilik air yang dilengkapi 2 pintu untuk memudahkan selepas mandi laut terus masuk ke bilik air menggunakan pintu dari luar.Bilik air agak besar dan mempunyai bekas air takungan dan paip getah.
Keadaan chalet agak memuaskan. Dilengkap denagn kipas angin siling 2 buah namun hanya satu sahaja boleh guna.Satu lagi rosak.Kalau on switch, akan black out satu perkampungan chalet Sri Senangin.Hehehe... Aircond ada sebuah untuk menyejukkan keadaan bilik.Di luar chalet ada disediakan meja makan dan tempat BBQ.
Kedudukan Chalet ini betul-betul di menghadap ke laut dan berada di penghujung sekali.Duduk di chalet ini terasa macam duduk di kawasan pantai peribadi sebab tidak berkongsi dengan yang lain penginap.
Muat ke chalet untuk 15 orang kami (3 keluarga) ? Secara amnya memang tak muatlah. Adik ipar admin terpaksa tidur di berada sorang diri manakala yang lain terpaksa berhimpit-himpit di atas katil.Mertua admin pula tidur di lantai beralas toto yang kami bawa bersama.Pihak chalet hanya menyediakan 5 bantal dan 5 selimut.Tuala tidak disediakan namun sekiranya ada permintaan kena minta dengan Miss Nana.Keadaan dalam chalet bersih dan kemas.Gambar ruang dalam chalet admin lupa ambik sebab kamera digital tak bawa.Cuma keadaannya masih tidak berubah macam blogger Kiera Sakura menginap sebelum ini.Gambar di bawah adalah gambar pinjam dari blog Kiera Sakura. :)
2 katil kelamin |
Kemudahan lain di chalet Sri Senangin ada surau,ada dewan makan jenis terbuka dan kedai makan.Sewaktu admin menginap di sana tempahan chalet full booking.Ada rombongan staff buat family day meninap di sini.So admin tak lah terasa terganggu sangat sebab chalet kami di hujung sekali dan menganggu sesiapa.Itu yang menariknya chalet Family Suite Sri Senangin nih.Sesuatu yang tak menyenangkan admin menginap di sini adalah kehadiran lalat yang berkeliaran.
Satu penambahbaikan yang admin nampak adalah pihak chalet menyediakan dapor gas bersama tong gasnya sekali.Ini berbeza dengan pengalaman Kiera Sakura yang terpaksa sewa tong gas.Alas kaki pun ada disediakan di bilik air dan juga di pintu depan untuk mengesat pasir dan kebasahan.
Pada malam hari,family mula memasak seperti kentang goreng,nugget.Proses BBQ juga sudang berjalan,yang mana kami tidak membawanya di pondok BBQ yang disediakan sebaliknya BBQ di tempat terbuka.Aktiviti memancing masih diteruskan dengan berbekalkan 3 joran memang ada sambutan ikan-ikan di lautan menyambar umpan walaupun keadaan air laut surut ketika itu.
Keesokkannya, admin yang ketagih tak dapat mandi semalam,mengambil peluang mandi laut awal pagi jam 8.30 dan terjun laut.Hahahaha..kami bersarapan pagi dengan nasi goreng dengan telur dada dan bersiap-siap untuk bergerak pulang.Pada jam 11.30 pagi kami pun bergerak meninggalkan chalet Sri Senangin.Semoga kita bertemu lagi.
PS : Admin ingin merakam terima kasih kepada panduan berguna oleh blogger Kiera Sakura yang menceritakan pengalaman beliau menginap di Sri Senangin Chalet pada Disember 2015. Banyak maklumat yang kami perolehi sebagai persediaan awal menghadapi sebarang kekurangan sewaktu menginap di sana.
No comments:
Post a Comment