Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kini macam trend artis popular melancarkan perfume dengan jenama mereka.Antara yang terlebih dahulu laris dengan minyak wangi ialah Rozita Che Wan dan Shiela Rusly.Kemudian Remy Ishak melancarkan satu wangian keluarannya iaitu RUMI.
RUMI dikeluarkan oleh RISA Team Global (RISA) di bawah label syarikat miliknya iaitu By Remy Ishak yang dijual pada harga RM49.90 sebotol pada kandungan 35 ml untuk lelaki dan wanita.
Namun timbul isu sebaik sahaja pelancaran minyak keluarnya,Minyak wangi RUMI For Women yang dikatakan ala-ala baunya macam minyak wangi keluaran
Che Ta, tapi telah disangkal oleh En Remy yang juga pemilik Syarikat
RISA Team Global (RISA), mengatakan ia adalah satu kebetulan.Admin kebetulan pula kenal salah seorang ejen perfume artis tempatan dan cuba dapatkan perfume Remy Ishak.
Dengan harga RM 49.00 admin diberi sekotak perfume serba hitam.Harapan admin bahawa wangi lelaki dari jenama Remy Ishak akan membuatkan admin jatuh hati dengan bauannya. Dimaklumkan bauan RUMI Lelaki adalah bauan mewah kayu kayuan.Sebenarnya tiada lagi review tentang perfume RUMI for men dalam google.
So admin ambil kesempatan bagi ulasan dari sudut peribadi admin yang sudah pakai perfume RUMI for Men.Secara keseluruhan bagi peminat perfume yang bau woody mungkin menyukainya.Bagi admin, setiap kali spray perfume ini mengeluarkan bau note keras dan kurang sedap dihidu oleh admin pada awalnya.First impression kalau pompuan bau perfume ini, dia akan cakap busuk.Hahaha. Namun lama ke lamaan bau dia bertukar menjadi sedap biasa-biasa sahaja.Ketahanan wangian lebih dari 5 jam kalau dispray kat baju.
So mungkin perfume Remy Ishak tak mengikut selera admin.Mungkin sebelum ini koleksi perfume admin lebih kepada note bauan Lavender,vanilla,citrus dan grape.Sebagai tanda sokongan kepada artis tempatan yang mengeluarkan perfume sendiri,admin pun beli.Menyesal beli ? Secara jujurnya Ya.Hahahaha.Admin kalau tambah sikit duit boleh beli De Xandra perfume.Pilihan admin mungkin One Million / Le Male By Jean Paul Gaultier ataupun Eternity By Calvin Klein.
So bagi peminat Remy Ishak anda boleh dapatkan perfume RUMI for Men di pasaran sekarang.Cuba dulu mungkin citarasa admin tak sama dengan anda yang mungkin menyukai bauan seperti RUMI For Men by remy Ishak.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Meloyakan bila mendengarnya bukan? Tetapi pernahkah anda membeli? Belum tentu anda mahu memakannya....
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Baru-baru ini kecoh dengan rakaman audio HotFM yang menjadi perbualan orang ramai. Admin yakin anda setuju jika admin katakan ini bahwa an...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment