Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Ulasan Minyak wangi lelaki paling macho RUMI by Remy Ishak For Men

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kini macam trend  artis popular melancarkan perfume dengan jenama mereka.Antara yang terlebih dahulu laris dengan minyak wangi ialah Rozita Che Wan dan  Shiela Rusly.Kemudian Remy Ishak melancarkan satu wangian keluarannya iaitu RUMI.
RUMI dikeluarkan oleh  RISA Team Global (RISA) di bawah label syarikat miliknya iaitu By Remy Ishak yang dijual pada harga RM49.90 sebotol pada kandungan 35 ml untuk lelaki dan wanita.

Namun timbul isu sebaik sahaja pelancaran minyak keluarnya,Minyak wangi RUMI For Women yang dikatakan ala-ala baunya macam minyak wangi keluaran Che Ta, tapi telah disangkal oleh En Remy yang juga pemilik Syarikat RISA Team Global (RISA), mengatakan ia adalah satu kebetulan.Admin kebetulan pula kenal salah seorang ejen perfume artis tempatan dan cuba dapatkan perfume Remy Ishak.

Dengan harga RM 49.00 admin diberi sekotak perfume serba hitam.Harapan admin bahawa wangi lelaki dari jenama Remy Ishak akan membuatkan admin jatuh hati dengan bauannya. Dimaklumkan bauan RUMI Lelaki adalah bauan mewah kayu kayuan.Sebenarnya tiada lagi review tentang perfume RUMI for men dalam google.

So admin ambil kesempatan bagi ulasan dari sudut peribadi admin yang sudah pakai perfume RUMI for Men.Secara keseluruhan bagi peminat perfume yang bau woody mungkin menyukainya.Bagi admin, setiap kali spray perfume ini mengeluarkan bau note keras dan kurang sedap dihidu oleh admin pada awalnya.First impression kalau pompuan bau perfume ini, dia akan cakap busuk.Hahaha. Namun lama ke lamaan bau dia bertukar menjadi sedap biasa-biasa sahaja.Ketahanan wangian lebih dari 5 jam kalau dispray kat baju.

So mungkin perfume Remy Ishak tak mengikut selera admin.Mungkin sebelum ini koleksi perfume admin lebih kepada note bauan Lavender,vanilla,citrus dan grape.Sebagai tanda sokongan kepada artis tempatan yang mengeluarkan perfume sendiri,admin pun beli.Menyesal beli ? Secara jujurnya Ya.Hahahaha.Admin kalau tambah sikit duit boleh beli De Xandra perfume.Pilihan admin mungkin One Million / Le Male By Jean Paul Gaultier  ataupun Eternity By Calvin Klein.

So bagi peminat Remy Ishak anda boleh dapatkan perfume RUMI for Men di pasaran sekarang.Cuba dulu mungkin citarasa admin tak sama dengan anda yang mungkin menyukai bauan seperti RUMI For Men by remy Ishak.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca