Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tempah hotel online untuk dapatkan harga bilik paling murah melalui Agoda.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi yang suka melancong,tempah hotel secara online sudah menjadi suatu yang normal bagi sesetengah orang tambahan pula memiliki kad kredit lagi bertambah mudahlah proses menempahnya. Admin seumur hidup tak pernah tempah hotel online walaupun melancong ke mana - mana destinasi.
Nampaknya admin kena ubah cara melancong admin yakni bila berkaitan dengan mencari tempat penginapan.

Biasanya admin akan pergi direct ke hotel untuk tanya status sama ada ada bilik kosong atau tidak.Kalau ada terus bayar tanpa banyak soal.Difahamkan tempahan hotel secara online adalah cara terbaik untuk dapatkan harga kadar murah berbanding cara pergi tanya ke hotel secara terus.Nampaknya tempah hotel secara online memang menjimatkan $$$ dan masa.

Nak dijadikan cerita admin kena pergi dapatkan rawatan di KPJ Kota Bahru selepas raya cina nanti.Memandangkan admin pergi secara solo maka cara paling mudah adalah menaiki bas ekspress ke sana. Memandangkan admin tiada saudara mara di Kota Bharu terpaksalah menyewa hotel dan tidur semalaman sebelum hadir untuk temujanji doktor pada keesokkannya.

KPJ Hospital Kota Bharu,kelantan


Bayangkan nak survey hotel online, admin ambil masa 3 hari utuk mencari untuk mencari hotel budget.Dari harga bilik serendah RM 22 semalam hingga berharga RM 150++ semalam ada ditawarkan oleh Agoda.com,booking.com dan Trivago.  Memandangkan hotel terdekat dengan KPJ Kota Bharu semuanya harga bilik RM150++ semalam.Terpaksa lupakanlah hotel 4-5 bintang,kena cari hotel yang 1-2 bintang habuan nak tidur sahaja dan budget admin bawa RM 100 dan berdekatan dengan pekan dan akses mudah untuk cari makan dan minum.

Sabrina Court Hotel, Kota Bharu
 
Akhirnya admin dapat tawaran terbaik dari Agoda.com iaitu Sabrina Court Hotel dengan RM 74 semalam bagi bilik standart.Apa lagi terus buat tempahan sebab takut habis.Memandangkan admin ada kad kredit maka mudahlah proses pembayarannya.

Selepas bayar kad kredit,pihak Agoda.com hantar satu email kepada admin dan minta admin printkan dokumen pengesahan tempahan hotel untuk dibawa semasa check in nanti. 



Insyaallah nanti admin akan update testimoni bermalam di Hotel Budget Sabrina Court Hotel Kota Bharu pula.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca