Ice Cream Pasu Bunga Jadi kegilaan dan Resipi Ais krim pasu Bunga Oreo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gambar apakah ini? Pasu bunga kan? Jawapannya betul tapi salah. Tahukah anda telah jadi satu trend sekarang ini di mana pelbagai cetusan idea kreatif untuk cara menghidangkan makanan bagi menarik perhatian pelanggan. Cetusan idea kreatif makanan yang dihidangkan termasuklah makanan dihidang dalam mangkuk tandas. Namun kini yang jadi kegilaan terbaru adalah aiskrim pasu bunga.

 Kalau tengok cara penyediaan  aiskrim yang dihidangkan dalam pasu bunga memang nampak macam pasu bunga betul seperti yang dijual di Cameron Highland. Keadaan rupa tanah yang diperbuat  serbuk biskut oreo yang kelihatan seakan-akan tanah sebenar lagi menambahkan keunikan ais krim pasu bunga ini.

Sedap, murah dan unik itu respon pengguna yang mula-mula merasainya.Tidak banyak kedai menawarkan ais krim pasu bunga cuma di bandar metropolis saja.Memandangkan ianya menjadi trend bagi yang tidak pernah menyaksikan ais krim pasu bunga sudah pasti menjadi sesuatu yan pelik jika ada orang makan ais krim pasu bunga di hadapan khalayak ramai. Hahaha..Dari segi rasa lebih kurang sama dengan ice cream Mc Flurry yang dijual di Mc Donald. 

Cara penyediaannya cukup mudah malah anda juga boleh buat sendiri di rumah sebab bahan resepi yang sangat mudah didapati.

Bahan -bahan untuk membuat ais krim pokok bunga.



Gambar Hiasan



- Bekas cawan untuk letak Ais cream
- Ais Cream (vanilla , coklat  atau strawberri)
- 5 keping Oreo yang telah dihancurkan  (Untuk taburan Atas )
- Pasu bunga ukuran kecil.
- Daun untuk hiasan.

Cara pembuatan 


Masukkan ice cream dalam bekas plastik yang disediakan,taburi dengan oreo yang telah di hancurkan  pada atas ais krim tadi  . Letak sepucuk daun hiasan . Siap.

No comments:

Post a Comment