Cara mengetahui samaada mesej dalam group whatsapp telah dibaca oleh ahli atau tidak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salah satu penambahbaikkan oleh Whatsapp ialah memperkenalkan penanda biru 2 kali bagi membawa maksud mesej yang kita hantar kepada penerima telah dibaca oleh penerima.Walaubagaimanapun tidakan ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan oleh segenlintir pengguna whatsapp yang tidak menyukai ciri-ciri ini atas sebab tertentu.

Tetapi bagi admin, penambaikan pihak whatsapp dengan penanda biru ini amat baik sekali bagi menjelaskan maksud setiap mesej yang dihantar telah dibaca.Ini amat memudahkan bagi pihak penghantar untuk mengetahui supaya mesej yang dihantar sampai ke pengetahuan penerima walaupun tiada respon atau maklumbalas si penerima.

Macamana pula dengan "group whatsapp"? Sebenarnya kita boleh mengetahui sama ada mesej yang kita hantar dalam group kita dibaca atau tidak oleh ahli group.Mungkin dalam group kita ada hantar satu mesej penting namun tiada respon dari ahli ahli group.Kegagalan untuk respon dari mesej yang dihantar mungkin pelbagai sebab yang yang ada yang menggagalkan ahli-ahli untuk merespon mesej anda.Itu tiada masalah sebenarnya yang pasti kita tahu mesej yang penting itu telah dibaca oleh ahli group.

Bagaimana caranya?

1. Tekanan lama-lama mesej yang anda hantar di dalam group sehingga keluar seperti dibawah. 

2. Klik pada anak panah yang ditunjukkan seperti gambar di bawah.



3. Akhirnya anda akan nampak jumlah ahli sudah baca mesej  dan juga yang belum baca seperti gambar di bawah.

 



 Sekian.Terima kasih.

1 comment: