Bila disebut pelakon Hindi terkenal ini pernah menjadi isu hangat negara sekitar tahun 2008 apabila dikurniakan gelaran ‘Datuk’ sempena Ulangtahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70. Akan tetapi rakyat Malaysia pasti kecoh apabila dimaklumkan dari media masa bahawa Shah Rukh Khan antara 248 orang yang
menerima bantuan Lembaga Tabung Haji (TH) sudah pasti nama ini menjadi perbualan hangat di media sosial.
Namun begitu sebagai pembaca anda tidak perlu melatah kerana yang menerima zakat ini bukan pelakon hindi sebaliknya adalah seorang pelajar yang namanya serupa nama pelakon hindi tersebut di mana pelajar ini mendapat bantuan zakat menerusi Projek Iqra 2014
peringkat Negeri Sembilan di Auditorium Pejabat Tanah dan Daerah Port
Dickson, semalam.
Bantuan zakat pendidikan RM500 berupa kelengkapan sekolah dan wang tunai
membabitkan jumlah keseluruhan RM124,000 itu disampaikan Pengurus Besar
(Khidmat Pelanggan) TH, Mohammad Saimi Mat Som.
Shah Rukh Khan Mohamad, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Datuk Abd Samad di sini, berkata, bantuan diterima
sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapanya.
“Ibu saya bekerja sebagai pembantu restoran di pekan Port Dickson
manakala ayah tidak dapat bekerja akibat menderita penyakit saraf. Saya
bersyukur dipilih menerima bantuan zakat untuk membeli keperluan sekolah
tahun depan,” katanya yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik.
Ketika ditanya mengenai keunikan namanya itu, Shah Rukh Khan berkata,
nama itu dipilih ibunya, Alona Pelawis, 46, yang sangat meminati filem
Hindi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada h...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Meloyakan bila mendengarnya bukan? Tetapi pernahkah anda membeli? Belum tentu anda mahu memakannya....
-
Baru-baru ini kecoh dengan rakaman audio HotFM yang menjadi perbualan orang ramai. Admin yakin anda setuju jika admin katakan ini bahwa an...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment